Wednesday, 6 July 2011

tidak ku sangka

call husband tak dapat-dapat. tak siap lagi kah dia punya procedure. die cakap nak buat lumbar facet block tu kene bius kasi tidor. then kene cucuk 6 suntikan jarum besar-besar kepala lutut( exaggerate). dia bagi jer i ikut tadi. tapi rasa pergi pon tak membantu. buat susah nak susukan maryam jer. baik dok rumah kemas rumah masak. malam ni i masak kan u sedap-sedap yer. (kalau rajin)

die lepas buat lumbar facet block ni tak boleh drive terus. so day care kat pcmc tu kejap, sampai petang. die tak sure kalau day care ade bilik ke tak. kalau tak de bilik susah jugak dengan baby ni segala kan. so i dok je lah kat rumah. menunggu.


berbalik kepada title,

Photobucket
botol ni beli masa tengah excited nak sediakan maryam makanan. jenama pureen kut. beli yang mura-murah asalkan bpa free. beli nya sebulan yang lepas. tapi dok perap jer dalam almari dengan harapan cukup sebulan boleh bertukar menjadi emas.

i ingat tak nak ajar maryam guna botol susu. so belikan botol ni. untuk dia minum air masak. mula-mula nak beli sippy cup biasa tuh tapi nampak yang ni tertarik. tapi dia guna straw lebut. i simpan tak guna sebab ingat tak reti lagi guna straw.

sekali 2,3 hari lepas i saje gedik-gedik keluarkan dari almari dan bukak pembalut(yes. wrapper pon tak bukak lagi. memang betul nak perap ni) basuh-basuh. isi air. KONON nak latih dia minum guna botol ni. tak berjaya pon tak pe. biar maryam try.

sekali dia isap dengan jaya nya. tak payah nak latih-latih dah. dia siap main-main sembur air keluar lagi bila dah kenyang.

terer la awak! ingatkan tak pandai.

Photobucket
tinggal nak latih pegang sendiri jer. biasalah. budak dah biasa minum susu cap gantung.

bagi dia masa makan dan minum tangan adalah main merata-rata. bila masa main jer tangan guna untuk grab something. so kalau soh dia pegang dia pegang, tapi dia buat main. tak minum. kene pegang baru minum.

red velvet cake? ape tuuu?

my husband mc semalam. pagi ade appointment ngan doc kat prince court. tak cerita lagi kat sini my husband baru tahu dia slipped discs. tak lah teruk sangat lagi. kire macam first stage la kut. slipped discs orang panggil stage-stage jugak ke? takut i sebenarnya tambah-tambah bila i baca cerita maya. tapi tu lah. i kan rebel. sayang-sayang jugak. kesian-kesian jugak. tapi gaduh tetap gaduh. orang german kate,

"tok leh sleh sikek"

nak buat camno. terkahwin ngan budak. nak tunggu i matured tu terseksa la sikit. budak lagi keeee??

die panggil i makcik. -__________-"

eh. tersasar dari tujuan. nak cakapnye dia mc sampai jumaat kut. hari ni kene pergi pcmc lagi. buat lumbar facet block. tayah la google menatang ape lumbar facet block, sebab i pon tak tahu. yang i tahu i tak boleh ikut. -__-"

so semalam die ade kat rumah la lunch. lambat cakap nak balik lunch, so masak goreng-goreng jer.

Photobucket
for lunch: spaghetti goreng hailam.

Photobucket
dinner: paprik udang.

paprik ni bagus tau. kalau masak paprik dah lengkap dengan lauk, sayur and kuah. tayah masak laindah. keh keh keh.

i nak masak dengan cepat sebenarnya. sebab i nak pergi berjuang

Photobucket
membuang lemakss

sebab????

Photobucket
sebab lemak-lemak dalam ini kek dan luar ini kek. ish!

Photobucket
nama resepi nya adalah red velvet cake.

tapi tak red pon kan? hahah. sebab rumah i ni takde setitik pewarna pon nak jadi kan dia merah. sirap rose ade lah. so tak letak pewarna. nama dia bukan red velvet cake dah.

dah jadi brown velvet cake.

nyum. nyum. tambah lemak kat pehe and perut. tahniah!

kenapa yer. kenapa yer. bila nak diet jer nafsu makan membuak-buak?

haishhhh

Tuesday, 5 July 2011

puding caramel

haritu baca blog kak nani mak hanis zalikha nampak dia bagi resepi puding gula hangus. resepi lebih kurang jer dengan resepi yang saya buat kat sini . tapi dulu saya buat ratio susu pekat ngan air 0.5:1, resepi ni guna 1:1. and telur dia lagi banyak. dan saya seperti biasalah sesuka hati pergi tambah tepung custard jugak. heheh. sedap. lembut sangat. bagi saya manis dari puding saya buat biasa. tapi husband cakap macam puding jual kat kedai. memang manis. tapi dah kita buat sendiri mestilah nak ikut selera kita kan. so next time buat kene ubah sikit kurangkan manis. sapa suka manis boleh try. tak delah manis giler pon. makan sejuk-sejuk setap!

Photobucket

resepi puding gula hangus/caramel. (2 orang makan. guna loyang paling kecik yang ada kat pasaran=p)

1 sudu gula kasar untuk caramel (letak loyang atas api, kacau guna senduk kayu sehingga gula cair dan perang. tutup api, ratakan gula dipermukaan loyang, biarkan sejuk, nanti gula hangus tu membeku)

1/2 cup susu pekat
1/2 cup air masak
3 biji telur gred A
1 sudu teh tepung custard
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

pukul telur, masukkan susu, air, esen vanila, garam. kacau rata lepas tu tapis kedalam loyang yang ade caramel tadi. kukus 15 minit jer dah masak. (sebab sikit jer ni. saiz kecik)

sekelip mata jer dah siap kuih yang sedap.



Photobucket
ni nama dia saje jer menggedik.

maryam seleseme dan batuk so dia cengeng sangat

upload guna blogger. sesuka hati jer dia nak merotate gambar yang tak payah rotate.

walaubagaimana pon. yeay!

akhirnya kurang jugak dari 66.

hoyeayeah!

berbalik kepada title, maryam berjangkit sudah. kesian.

first time dia seleseme ade hingus. pastu batuk-batuk sikit dari semalam. cutejer bunyi dia batuk. eh

nanti ummi letak kunyit ngan kapur okeh. aunty alya yang ajar.

kalau seleseme kunyit ngan kapur. kalau batuk? sape tau?

Day 29 – Something you could never get tired of doing.

benda yang sangat korang nampak adalah:

1. ambik gambar anak. tengki gambar anak. suke.suke.suke.suke. berapa gig dah gambar maryam ni weh!

2. blogging. walau penar macaqm manapon, bila hadap blog rasa sungguh aman dan tenag. bagi i, 'me time' adalah duduk mengadap lappy mengarang dengan tenang.bace blog orang dengan tenang.

dan lagi satu.

saya tak akan pernah penat menyayangi husband saya.

haha

BAGAIMANA RASULULLAH BERMESRA DENGAN ISTERI

Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.

Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.

Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”

Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”

Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.

Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)

Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)

Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah

Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Membelai isteri

“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)

Mencium isteri

Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Dari Hafshah, puteri Umar r.a., “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)

Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.

Berkhidmat pada isteri

Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, “Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku.”

Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.

Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.

Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.

Sabda Rasulullah S.A.W. – Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

Aisyah bertanya, “Siapakah perempuan tua ini?” Rasulullah menjawab, “Inilah sahabat Khadijah dulu.” Lalu Aisyah berkata, “Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik.”

Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, “Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. ” Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.

Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, “Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah.”

Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.

Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, “Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu tahun.” Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.

APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.

4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)

8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)

9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


Monday, 4 July 2011

mari tuan puan dengar ini cerita

tak suka sudah
nama kau bedah
tetek kau sebelah
boleh blah!

sape tahu ayat ni kita main mase kecik-kecik. heheh

zaman kecik-kecik sangat indah.

iklan axion tu pon saya suka.

marituan puan dengar ini cerita
suami saya asyik balik awal saja
ada pembantu baru katanya
tentu dia perempuan muda

kan saya dah kata axion namanya
bla bla bla bla

(tak ingat)

ade ke iklan sekarang menarik ingat sampai tua macam ni?

iklan nano-nano. gula-gula masam dan masin tuh. bukan awan nano

nini cokelat celup. celup celup

tora datang lagi!

dan banyak lagi.

semua benda ni mendatangkan perasaan tak nak besar.