Saturday, 5 June 2010

award!


award dr mama azra ngan sabrina ngan mama khalish

1. SUKA MELUKIS X?
erm..suka menconteng..kalau saya bosan dan ade pen di tangan tanpa sedar tengok-tengok lutut dah penuh dengan lukisan. kire melukis ke tuh?

2. BOSAN-BOSAN SUKA BUAT APA?
tido. sekarang dah bosan tido..nak buat ape yer?

3. KENAPA SIPUT BABI JALAN LEMBAP?
er..tak pernah amik tahu kenapa. sebab tak de kene mengene dengan hidup. boleh?

4. CUTE X ORANG YANG BAGI AWARD NI?
tiga-tiga cute. tapi anak-anak mereka lagi cute. hehehe

bagus jugak ade award ni di kala malas nak berblog.

hehe

Thursday, 3 June 2010

jumaat

husband cuti hari ni

boleh bukak pintu dan tingkap luas-luas. best!

family datang petang nanti

boleh jumpa syahir

boleh makan 'tupak sotong'

yeay!

Wednesday, 2 June 2010

mahu hidup mewah??

baca di SINI

selalu kalau bosan malam-malam kami suka round-round kawasan country height ni menikmati pemndangan rumah mewah yang hilang akal besar.

" kijo gapo la bie ore hok rumoh besar gini?"

"set-set bisness la ni, xse bayar tax buat la rumoh besar-besar"

"i rasa ngedar dadoh la. dekpon seludup arok"

terbukti!!!

desperate househusband episode 2: bree in the making

sejak saya terpaksa berehat lebih ni makan mestilah tapau. dah kerja rumah suami buat macam melampau pulak nak suruh dia masak kan. lauk memang banyak dalam peti chef jer nan ado.

semalam saya cirit-birit. seksa giler semalam. naseb baek petang dah ok. ape ntah yang aku salah makan. suami ok jer. padahal kiteorang makan makanan yang sama jer.

petang semalam terasa berat hati nak makan makanan luar. takut cirit lagi. jadi misi menggoda pon bermula.

"bie, perut i rasa tak best la. i cirit. mesti makanan semalam"

"la..yeke.i ok jer"

"malam ni u masak eh. masak simple-simple jer. sardin pon ok"

"ok"

wah. senang nye. tayah nak goda lebih-lebih.


sebab jarang berlaku, jadi gambar mesti lebih

ni tak boleh tinggal lah. itu terung bakar. terung saya yang bakar.

ok. itu intro jer baru. cerita sebenar baru nak bermula. setiap kali saya masak sardin mesti timbul isu. sebab nya saya suka sardin pure tak tambah pape. bagi saya kuah dia memang dah sedap kan. tumis bawang dengan tambah bawang besar jer. kalau nak cantik letak tomato.

tapi suami suka nak tambah kicap la sos la asam lah. kalau nak tambah macam-macam hilang lah rasa sardin yang sedap itu bagi saya. baik goreng ikan masak kicap jer terus.

biasa sebab saya chef jadi ikut cara saya~ hahaha..

tapi sebab semalam die masak, jadi ikut cara dia lah. saya redha jer makan. keputusan nye adalah. sangat sedap!

oklah. saya mengalah. lain kali masak sardin ikut cara dia.sebab aku puji kan, maka over pulak beliau. isk!!

tapi tak tercabar pon. eles. setakat sardin. hahaha

tapi orang lelaki bila dieorang masak memang rasa lain kan. abah saya tak pandai masak, dia pandai masak 2-3 jenis masakan jer. salah satu nye nasi goreng cina. wah.nasi goreng cina dia memang sape-sape tak boleh lawan. tapi, asal die masak jer, nasi goreng cina. asal abah yang masak jer nasi goreng cina. tapi memang sedap lah. mak saya pon tak boleh masak nasi goreng cina yang sedap macam abah saya. hehe

so kalau di takdirkan i memang tak bolehkan kalahkan kesedapan sardin u pon i tak kisah. i ok jer.

sebab nanti bila kita ade anak, and anak kita dah besar dia bercerita kat kawan dia.

" daddy aku masak ikan sardin best! mommy aku memang tak boleh lawan daddy aku punya sardin. tapi mommy aku punya kerutup hati, ayam percik, masak lemak daging salai memang tak de sape-sape boleh lawan lah!"

haha. sebetulnya. buat masa sekarang. tak reti lagi masak kerutup ngan masak lemak daging salai. bila sihat nanti nak prektis supaya nanti di masa hadapan anak puji. agagaga

koya lah mung. anok pong tak dop lagi. dah pegi tido!

desperate househusband


biasalah. hidup perlu kecoh.

husband saya

iron baju sendiri(bukti iron baju sendiri, iron board tak simpan balik) .lipat baju sendiri. basuh baju sendiri. berdikari huh? =p

saya tahu dia boleh buat kerja-kerja rumah lagi bagus dari i. lipat baju pon dari cepat dari i. kejap jer dah siap. hasil nya? *ehem* memang 'cantik'. pelbagai saiz. tak pe lah. tu seni orang kata. susun dalam almari lagi 'cantik'. memang 'senang' lah nak ambik kalau nak pakai.

eh. maghfarah. jangan banyak bunyik. dia buat pon dah cukup baik. ngehehe

i love u. =)

Tuesday, 1 June 2010

hari sabtu kami terganggu

aku selalu rasa rumah ni selamat walaupon tak de grill. siang-siang selalu bukak tingkap luas-luas ngan sliding door luas-luas biar semua udara segar masuk. kadang-kadang tertido pon tak tutup. hehe. mesti kene marah kat husband kalau die tahu. tapi die tak pernah tahu. bukan die nampak.

kalau hari selasa or kamis jer tak bukak sliding door luas-luas. sebab hari pekerja bersih kawasan luar rumah. kang dieorang skodeng.
tapi kalau tibe-tibe loceng rumah berbunyi cepat-cepat tutup semua pastu g intai. kalau rasa nak melayan aku bukak. kalau tak aku biar jer sampai die penat.

tapi sangat jarang lah ade orang datang. sekali jer kalau tak silap aku bukak pintu. orang jabatan kesihatan datang cek nyamuk ade kes denggi.
tapi sejak aku pening-pening ni aku dah malas nak bukak tingkap. bukak sliding door jer sikit. cepat sikit nak tutup kalau ade orang datang.

dua minggu lepas kut tu ade orang tekan loceng banyak-banyak kali macam husband or along aku selalu buat. tapi aku yakin bukan dieorang. aku cepat-cepat kunci sliding door then berjalan nak g intai sape yang kurang asam sangat tuh. tekan sekali tak boleh ke?
aku tak sempat lagi nak intai orang tu try nak bukak pintu. tapi semestinya lah berkunci. mane ade tetamu yang waras nak try bukak pintu kan? mesti lah dia tunggu tuan rumah bukak. i jadi takut sampai tak jadi nak intai. duduk dia kat depan tv sampai die senyap.

bila senyap g intai tak nampak sape-sape. duduk balik depan tv. dalam setengah jam lepas tu ade orang tekan loceng lagi. tapi kejap jer. tapi sempat intai. nampak perempuan tua cina pakai baju tido. macam orang tak sihat jer nampak.
call suami. kalau datang sekali nak call security. tapi dah tak datang. lega! tapi sejak hari tu i dah tak buka sliding door dah pagi-pagi. tingkap pon tak bukak. giler terkurung macam jadi perempuan simpanan. eh.

sabtu lepas tengahari aku tengah siap-siap nak masak lunch ade orang tekan loceng. malas nak layan sebab husband ade. so die lah melayan. aku dengar suara perempuan. so aku intai lah. sekali aunty cina tua yang datang hari tuh. aku buat isyarat die tak paham. adeh!

aunty tu cakap die kene rompak. tangan die sakit so die nak pergi hospital. husband die tak de outstation jadi die tak de duit nak pinjam 50 dollar. 50 dollar? orang mana ni? dia mintak husband aku hantar kan die pergi hospital.

husband cakap kejap die nak salin baju. tapi mungkin die pelik aku dok buat isyarat yang pelik-pelik so die kunci dulu pintu. mak cik tu ade kat luar. aku berjoyah dah kat die bercerita pasal hari tu. mak cik tu aku rasa tak berapa betul so aku tak bagi husband aku hantar die pergi hospital. kalau jadi ape-ape tengah jalan kang. bukan boleh percaya sangat orang-orang ni. biar die mintak tolong ngan orang lain.

lagipon die tak de luka or ade menunjukkan ciri-ciri nak mati pon. kiteorang stay jer dalam rumah tunggu ape mak cik tu nak buat.

dalam 10 minit dia dah tekan-tekan loceng sambil membebel-bebel kat luat kiteorang call security.

naseb baek security cepat die cakap-cakap ngan aunty tu then aunty tu blah.

brother security tu cakap aunty tu penduduk kawasan ni jugak. so tak boleh la nak halau. kaya-raya jer family die. tapi die sakit and ketagih ubat. so die selalu gak lah kacau orang kawasan ni mintak tolong hantar die g pergi klinik. die nak pergi amik ubat yang die ketagih tu. memang betul pon husband die selalu outstation. bila husband die outstation die merayau-rayau cari orang. kadang-kadang die siap offer kereta dia lagi. mintak tolong drive jer.

uisk. idok la aku nak menolong orang macam tuh.banyak lagi orang lain nak di tolong.

so sekarang saya berkurung dan kene make sure semua tingkap dan pintu berkunci. kunci sampai dua tiga lapis. saya takut mak cik tu datang balas dendam. hahaha

cepat lah pindah. saya perlukan udara pagi yang segar.T_T


lunch hari sabtu. beli ulam kat pasar. cicah budu. nyum nyum

mee kolok

semalam masa berblog hopping terjumpa pasal mee kolok. terus teringat kenangan kat bintulu dulu. hak hak. macam geli jer guna perkataan kenangan. tapi tak jumpa perkataan lagi tak geli. so kita guna jer perkataan kenangan. kenangan manis ok. sebab sepanjang bercinta 3 tahun dengan husband masa kat bintulu jer kiteorang jumpa hari-hari. ngedate hari-hari. kalau kat malaya aku kat perak, die kat kl so kalau boleh jumpa sebulan sekali tu dah cukup ok.

masa kat bintulu walaupon dah bosan mengadap muka masing-masing tapi memaksa diri juga dating sebab nak memanfaatkan masa. haha. tapi sumpah bila dah akhir-akhir intern tu macam bosan dah dating. masa tuh terpikir camano lah student-student kat u aku dulu kalau dah bercinta boleh dating hari-hari tanpa bosan. isk. naseb baek lah lepas kahwin tak bosan mengadap muka sama hari-hari. gahaha.

masa kat bintulu juga zaman murah rezeki aku. dulu kalau ade duit dalam purse 10 ringgit pon dah cukup. tu pon kadang-kadang tak habis-habis pon 10 ringgit tu dalam masa berminggu-minggu. sebab nya kalau pergi kerja naik bas company. jadi FREE. kalau hari hujan or kalau hari boyfriend rasa nak jadi orang yang romantik kami pergi kerja sama-sama. juga FREE. kat plant makanan berlambak-lambak. ade jer orang buat makan-makan or belanja makan. masa lunch pau lah sapa-sapa yang sudi. kalau tak de yang sudi mari kita pau boyfriend sendiri. jadi kalau masa kerja kat plant jangan risau pasal makanan. memang FREE. dinner pulak confirm-confirm lah FREE. sia-sia lah bercinta dengan orang yang dah bekerja kalau dating trainee yang nak kena belanja kan. hahaha. ade ciri-ciri orang keji di situ.

jadi masa kat bintulu adalah zaman saya simpan duit nak kawen. hehe.

sebab berkawan dengan orang-orang kat sana dieorang suka kalau kita suka makanan dieorang. dan i pulak memang suka try semua food jadi aku makan jer semua makanan kat sana. mee kolok, bubur pedas, umai adalah kegemaran. owh.jangan lah aku mengidam makanan-makanan ini. dan selalu ade orang offer nak masakkan ulat sagu tuh. haha. kalau aku tak boleh makan yang pure dia boleh masakkan letak kicap or paprik or masak pedas. ulat masak paprik?? euwwww..ulat jer aku tak try.hahaa. belum cukup adventures lah!

owh semalam bila tengok mee kolok terus terasa nak makan mee. tapi bukan mee kolok. nak makan mee goreng basah. haha.

ade sorang kawan aku pernah komen kat blog ni, kenapa aku mengidam benda senang sangat. haha. bagus lah wei mengidam benda senang. kalau tak pening husband aku.

tapi aku tak rasa semua benda aku nak makan ni di kira mengidam. banyak lah kalau macam tu benda aku mengidam. setiap kali g jalan-jalan baca blog tengok food semua aku teringin. haha

maknenye kena berenti baca blog ke? =p

mee goreng basah saya. ado kicap no?

suami cakap tak pe jarang-jarang. kalau teringin nanti mulut anak berair. mana u belajar semua ni?? tak sangka~

(lepas ni boleh la u join geng mak cik-mak cik bergossip. dah layak dah tu)

nasi goreng daging masak merah

masak merah yang tak merah langsung. haha. lagi sesuai panggil masak kicap.=p