Friday, 5 February 2010

i sayang u lebih


antara 2. A ke R?

sorry A. i need a new environment

kali ni

sudah bukan

awana

yeay!

i love u bie

'hotel tu tak best nanti u jangan merungut'

' dok kat mana-mana pon best kalau ade u (bodek). i mane pernah merungut (tipu)'

'ok. kite tengok'

ok. nanti kita tengok

Wednesday, 3 February 2010

seluar best


gambar ni di edit giler-giler sebab gambar asal adalah sangat gelap. motif upload gambar yang giler tak berkuality ini adalah kerana pelik mengapa aku sangat pendek dalam gambar ini.

ok. kembali kepada cerita

sebab balik kampung hari tuh dalam keadaan tergesa-gesa makanya aku hanya sempat mencapai skinny jeans. walaupon skinny jeans tu tak de la membungkus sangat tapi adalah tidak sesuai memakai skinny jeans untuk pergi melawat atok dan nenek di kampung. sungguh janggal rasanya.masa muda belia tak pe. sekarang dah bini orang.

jadi masa kat kelantan sempat merembat sehelai seluar ala-ala seluar pregnant yang memang selesa habis. dan semestinya sopan habis. kalau sape mengutuk mak tak sopan tuh memang nak kene sekeh.


selese nyah pakai seluar ni. ringan bangat. rasa macam tak pakai seluar. mak suke~

masa amik gambar ni, rasa macam ok. so aku pakai je lah dengan penuh yakin. sekali bila jalan-jalan kat MesraMall tengok cermin rasa macam emak-kepada-beberapa-orang-anak. besau nye aku.

dan risau jugak nanti jumpa orang kenal dia tanya 'ko pregnant ke?'

dah la muka dah membulat bagai.

cermin ni memberi efek kurus

kesimpulan nya walaupon seluar ni best, tapi simpan la dulu dalam almari sampai semua seluar lain dah tak boleh pakai. nanti orang salah faham. T_T

setelah 8 hari meninggalkan rumah

esok mesti aku kene berkerja keras. banyak sungguh habuk. naseb baek tak banyak sangat baju nak di basuh.

dan yang paling penting esok boleh main masak-masak. tadi dah beli stock makanan basah untuk 2,3 hari. sebab hari sabtu ni mungkin akan ke kerteh lagi.

aku suka awana. tapi kalau selalu sangat rasa bosan la pulak. asyik kerteh jer. ceh. demand. kalau bosan sila cari kerja.

tadi aku tanya husband aku. boleh tak die cari tempat yang membolehkan aku masak. tempat yang ade dapo. at least aku boleh main masak-masak.

dalam kepala dah ingat Rumbia. aku suka jugak dok kat rumbia. ala-ala dok rumah sendiri gitu. tapi dia tak suka. hurm..ajak dok hotel laen pon dia tak nak. bosan la bie.bosan.bosan.bosan.

tak pelah. kali ni berazam nak pergi gym lah. tapi gym tu boleh suka hati masuk ke? heleh. gym konon. hasrat nak jogging tepi pantai pon belum pernah tercapai. aduyaiii. last-last nanti aku stay kat bilik jer tengok tv. nak belajar berenang.nak belajar berenang. masa ni lah skill berenang diperlukan.

T_T

kenapa dulu masa kecik-kecik tak nak belajar berenang?
sebab kampung ai tak de swimming pool. ade anak sungai jer tepi sekolah. tu pon sangat kotor tak pernah rasa nak berendam pon. ape lagi nak berenang bagai.

T_T

hahaha. perlu ke hari-hari aku hidangkan rapuan kepada korang? kesian korang kene baca aku merapu.tamat sesi merapu.

sampai ampang perut ke dua-dua orang minta diisi. tapi suami nak jugak makan kat Caiyo Bistro. mahu makan nasi kerabu. setelah terlepas lorong bagai, akhirnya pukul 915 malam baru sampai.

'haih, baru seminggu balik kampung halaman dah tak ingat jalan ke bang?'

kata seorang isteri. ayat di atas adalah benar kecuali panggilan kepada suami.

char kue tiaw saya yang cuma berharga RM 3.50

ni air susu carrot. bukan carrot susu.

nasi kerabu yang digembar gemburkan

*ehem* akak pon tak kenal sape perempuan ni dek non

Tuesday, 2 February 2010

kerepek ngaku

bile dah nak dekat raya cina banyak la nampak ubi ni di jual kan? suka hati jer panggil makhluk ni ubi. mak pon tak sure ni ubi ke ape. tapi isi nya ala-ala sengkuang gitu.

masa rumah MIL ade la beberapa ketul ubi ni, dia goreng bagi aku try. selalu jer nampak. tapi tak pernah terasa nak beli. sebab hudoh. huahuahua.

tapi sedap dek non!

serious. lemak berkrim. dah tak payah tabur garam dah. terus makan.

serius buruk kan makhluk ngaku ni?

sebab sangat sedap, rasa tak puas makan 2 ketul jer. sebelum balik tanah merah, singgah Tesco kejap beli 2kg.

sampai jer terus goreng. penat deknon. sebab nye goreng jer habis, goreng jer habis. dah la tukang masak nye mak sorang jer. tukang makan nye ramai. jadinya malam tu mak goreng separuh jer.

esok nya, masa semua kanak-kanak pergi sekolah sambung buat lagi. kali ni pelanggan en.suami sorang jer. walaupon dia pon makan bertambah-tambah, tapi boleh la lagi simpan dalam bekas.

dan bekas ini kosong lepas makan tengahari. bila kanak-kanak sudah balik dari sekolah.huhu~

suka mak kalau masak macam ni. walaupon buat kerepek macam gigih sikit.

adik-adik mak cakap kerepek ngaku ni lagi best dr mr. potato. waw!

Mari Kelih Store Contest 2010



kak ila buat contest untuk promosikan kedai dia dan jugak promosikan bazar 1st time dia join. aku mula-mula ingat nak join dia jugak. tapi tak jadi. tak pe kak ila, nanti farah g serbu kedai akak nanti. bagi sokongan padu.

Syarat2 penyertaan mudah sahaja;-
1. Anda perlulah copy & paste gambar di atas & diletakkan di entri anda / side banner anda.
2. Anda perlulah meletakkan tajuk sebagai "Mari Kelih Store Contest 2010" sebagai tajuk entri anda
3. Anda perlulah menjadi seorang follower kepada blog ini & Mari Kelih Store (kalau nak jadi fan of Mari Kelih Store di facebook lagi bagus)
4. Anda perlulah link kan entri anda ke entri ini (dengan meninggalkan komen & link entri)
5. Anda seterusnya harus menceritakan serba sedikit tentang Mari Kelih Store yang menyertai I Love Bazaar pada 27 & 28hb Februari 2010 di Subang Parade. Anda wajib menggunakan gambar2 di bawah sebagai bahan di entri anda. Panjang karangan terpulang, janji ada 2 gambar di bawah sudah memadai;)

Mudah bukan?? Kalau dah namanya contest, haruslah ada hadiah juga kan??

Hadiah-hadiah terdiri:
- 1 x RM70 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 2 x RM50 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 1 x RM30 baucer membeli belah di Mari Kelih Store

Menarik bukan??

Oleh itu, apa tunggu lagi..mulakan karangan anda & hantar kepada Zaila dengan segera;)

Tarikh Tutup penyertaan:
- 1 Mac 2010 (apa tunggu lagiiiiiii, kalau malas sangat nak karang ayat, copy paste gambar je letak dalam entri tu)

Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah (oleh tangan yang bertuah) so tiada unsur bias di sini;p

Terma & Syarat:
- Hadiah tidak boleh ditukar ke Ringgit Malaysia (RM)
- Hadiah akan dipilih sendiri oleh pemenang (barangan yang terdapat di Mari Kelih Store sahaja)
- Kos penghantaran & pembungkusan termasuk dalam hadiah
- Zaila tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan barangan yang berlaku semasa proses penghantaran (melalui pos berdaftar sahaja)
- Sebarang rayuan tidak akan dilayan kerana hadiah berdasarkan cabutan bertuah;)





hehehe..senang bangat nak join contest ni. kalau pemalas macam akak ni copy paste jer. jom join beramai-ramai. mana tau ade luck di sini.

untuk maklumat lanjut sila pergi ke blog kak ila
kalau nak mengusha-usha barang yang bakal dimenangi sila singgah di sini

selamat mencuba~!

bangun pagi-pagi untuk ke kerteh

tipu jer. takdelah paginye kalau kul 8 baru bangun. tu pon nasib baek suami kejut. adeh. tak mithali langsung. sebab bangun lambat tak sempat nak salam dengan PIL. sebab derang dah keluar bekerja. adeh sekali lagi. sila jangan tiru akak ye dek non. kalau nak tiru boleh, kalau MIL tak sayang sila jangan merungut. ngahahaha

sebelum bertolak kiteorang singgah rumah atok kepada suami. (atok mertua ke orang panggil?) ingat nak singgah tinggal kunci rumah jer, sekali kene tahan makan durian dulu. pagi-pagi tok ayah gigih pergi kebun cari durian sebab dia tahu cucu menantu dia giler durian. ngehehe. bangga diri sikit. dek non, walaupon akak ni bangun pagi lambat, tok ayah tetap masih sayang~ kalau dia tahu akak balik, memang pagi-pagi ade la sebijik dua durian kat tangga rumah mertua. jangan jeles dek non~

sesi bangga diri tamat.

dan pagi itu dua biji durian selamat bersemadi dalam perut. sepanjang perjalanan dok sendawa perasa durian setiap setengah jam. terpaksa bukak tingkap setiap kali sendawa untuk menyah bau berperisa durian itu. ngahahah. tak senonoh. itu pon nak cerita. sila jangan muntah.

habis cerita durian. merangkap breakfast dan juga lunch aku pada hari semalam.membuntal ok makan 2 biji durian saiz bola sepak.

sampai kat KT perut masih kenyang sebenarnya, tapi kene singgah jugak kat tempat yang wajib disinggah makan sotong dan ikan celup tepung. keropok lekor semestinya tak tinggal.

lelaki misteri?

walaupon akak bagun tido dah lambat, tapi dalam kereta akak tido jugak. tengok mata sembab segala

muka bulat ni bukan sebab sembab, sebab gemuk ye adik-adik






masa makan jangan pedulikan masalah berat badan

*sebab husband mak amik gambar berketul-ketul harus lah mak upload semua, kalau tak nanti kalau dia malas nak snap mak jugak susah nak berblog*



lupe nak snap gambar, dah makan separuh baru ingat.hehe


sampai kat awana dalam pukul 230 petang kut. sampai terus online sekejap, lepas tu pengsan sampai petang.
pak cik-pak cik ni masa aku sampai dia dah ade dok main, sampai petang aku bangun tido pon masih main lagi. tak penat ke pakcik?

malam kiteorang pergi makan ikan bakar. makanan sedap kalau mood kurang ok jadi tak best jugak nak makan, tak menikmati pon. gambar food pon malas aku nak amik semua.ini jer yang ado.



lutut orang bad mood

ikan kerapu bakar yang boleh tahan sedap tapi mak telan jer tak menikmati. benci betul

kali ni bukan i yang buat hal ok. the other half. ni yang mak malas makan tak ikut time dan makan tak betul ni, bila lapar dia 'bekeng'. sehari tak jumpa nasi, orang melayu pure harus la lapar.

Monday, 1 February 2010

menyucikan hati

susaaaahhhhnye!

ade setan-setan nak menghasut.

saya cuba. saya cuba.

nyah kau syaitan!