assalamualaikum~
tak terlewat lagi kalau nak wish selamat hari raya untuk semua. maaf zahir batin kalau ade tersalah terkasa bahasa tersentap baca blog ni kan. sebelum balik raya hari tu tak sempat nak buat entry. bila dah balik raya lagi lah tak sempat.
persiapan raya
persiapan raya tahun ni sangat lah bersederhana. baju yang betul-betul matching hanyalah pagi raya jer kut. baju mak mix and match jer beli asing-asing. tudung pulak, punyalah lama mencari akhirnya beli jer pashmina harga rm 18 2 ketul. tawar mintak rm 15 pak cik tu tak kasik. hehehe. baju maryam jelah yang lengkap kut semua baru sampai baju tido pon baru. yelahkan. kalau beraya mesti lah sampai ke malam biasanya. haruslah pakai baju baru. tapi tahun ni tak over spend baru raya untuk dia. tak macam tahun lepas. sampai lebih baju raya. tak terpakai. tahun ni raya ke 4-5 dah recycle baru dah..hehe..bukan retis pon kan tak boleh nak recycle baju. takde baju kurung pon untuk mak tahun ni. raya 2,3,4,5 pakai jer baju nursing kain tshirt senang nak breast feed maryam di mana-mana sahaja. naseb baek pregnant kan. takde lah nampak pelik sangat. no selipar and handbag raya for me ini tahun. memang tak merancang nak beli pon. bajet raya tahun ni adalah sangat terhad. dah lebur kat kitchen kabinet, lampu, kipas, ekon rumah baru. so beraya lah seadanya. =P
turn raya di rumah mak.
tahun ni semua adik beradik ada dipagi raya. memang dah berpakat. tahun ni memang semua turn beraya ditanah merah. temanya adalah hijau. family mak jer purple. sape suruh cakap tema lambat kan. orang dah beli baju raya awal-awal.
family che manshor
*ehem* pendeknye u long =P
depan dari kiri: abe cik, mok, shahir, abah, mi.
belakang: abe helmi, rayyan, along, si gemuk, maryam, bie, pok we, faiza
insyaAllah. tahun depan bertambah ahli lagi.
menu pagi raya. menu biasa dipagi raya. rendang ayam ngan daging, kuah kacang, kuah lodeh, sambal ikan bilis, nasi himpit, ketupat palas, lemang. semua buat kecuali lemang. hehehe
memang menu tu jer dipagi raya biasanya. bila entah nak ubah. =p kalau nak ubah tak tahu mana nak reject. macam semua penting jer dipagi raya. haha
petang raya dah bergerak ke rumah husband. 2nd raya, balik terengganu beraya dengan keluarga husband belah mak mertua pulak. balik hari. dapat lah makan keropok lekor ngan sotong celup tepung. raya ke 3 rumah mak pulak. begitu lah raya-raya ni kang. haruslah gilir-gilir rumah dekat ni. cuti lama pon bila bagi dua sikit sangat jadi sebenarnya.
jem raya
raya di kelantan. tak jam tak sah! sabri yunus kata jangan jadi kan jem masalah dihari raya. jadikan ia sebahagian daripada raya. tapi bejam-jam dok dalam kereta boleh keras bontot hoih. kiteorang kalau raya memang bertolak awal dari orang la sebelum raya. sejak kawen tak pernah lagi merasa jem balik raya. tapi tahun lepas kiteorang merasa jem masa beraya. gerak 1-2 km sampai 2-3 jam. serik makkkk...dah tak lalu jalan tu dah. tahun ni paling teruk pon perjalanan yang sepatutnya ambik masa 45 minit jadi 2 jam setengah. boleh sabar lagi lah. dah kereta banyak nak buat camane. kat kelantan masalah besar selain daripada jalan kecik, kereta melimpah ruah adalah masalah orang kelantan hidup takde stress bawak kereta sambil makan angin korek hidung bawak kereta 60km/jam. memang belambak-lambak orang macam ni. masa tak de orang ramai boleh la dia nak makan angin bawak kereta, tapi bila dah musim kereta banyak ni, beratur panjang lah kereta nak melayan dia makan angin. nak melintas kereta dari depan pon banyak. haishhhh.
maryam
raya tahun ni ya ampunnnn. kene banyak bersabar sangat ngan dia. tak boleh nak beraya rumah orang pon. cuaca kelantan adalah super panas. rumah sedara pulak banyak rumah kayu, so siang dia panas. ade sesetengah rumah tu sempat beraya salam-salam, minum air jer. tak sempat nak berbual panjang bertanya khabar pon. rumah yang ade binatang lama la dia nak duduk. raya tahun ni dia baru kenal kucing. baru pandai main ngan kucing sambil sentuh-sentuh kucing sambil takut-takut. rumah yang ade ayam, kucing, burung, lama la sikit boleh pujuk dia duduk. rumah yang ade buai pon dia suka. sampai tak nak balik. -____-"
food maryam
ni yang nak bebel panjang. masa raya first ngan 2nd buatkan dia nasi goreng. letak dalam thermos. sebab malas nak berkuah lauk asing bagai. tapi dia tak makan banyak sangat nasi goreng. bosan ke ape entah lah. so pergi beraya mana-mana bagi lah dia makan nasi himpit. dia suka sangat nasi himpit. pagi raya buatkan dia nasi himpit goreng, habis satu pinggan dia makan. so lepas-lepas tu tak buatkan dia nasi goreng dah. just bawak lauk jer. pergi mana-mana makan dengan nasi kosong or nasi himpit. lauk dia kat kampung hari tu udang, telur ngan ikan. benda-benda yang cepat lah. banyak nye telur. ikan bakar bila masa makan ade kat rumah. masa raya ke 3 stuck dalam jam so tersilap bajet masa makan maryam mintak nak goreng telur hancur rumah sedara. makan ngan nasi kosong. heheh. terpaksa la buat muka tak malu kan. kalau tak anak lapar nanti. tapi yang kiteorang pergi tu pon sedara rapat.
snek pulak, biasanya dalam beg maryam kiteorang sediakan kismis, buah-buah, ngan 'kuih raya maryam'. kuih raya ingat nak buatkan cookies untuk maryam. dah beli bahan, tapi dok mengemas kat kl ni tak sempat nak buatkan dia cookies. so pilihan terakhir adalah bakar roti buat roti kering. buat batch pertama sikit jer dulu. testing dia makan ke tak since dah lama tak buat. buat bentuk comel-comel macam biskut raya. selamat licin dia ngan rayyan makan. raya pertama biskut batch pertama tu dah habis. so malam raya ke dua sebelum pergi terengganu tu i bakar 2nd batch buat banyak terus. malam ni sebenarnya i adalah penaaaattttt giler. tapi gagahkan diri jugak membakar cookies tersenang untuk anakanda tersayang. takut orang sumbat benda bukan-bukan kat anak mak. husband pon kene paksa tido kat dapo sekejap sebab teman bakar biskut maryam sambil basuh kain jugak. biskut letak dalam bekas so kebanyakan kes maryam tertipu la. kalau nampak dia macam terliur tengok biskut raya, or ade orang offer biskut raya, ganti jer dengan 'kuih raya maryam' tu.
tapiiii, terlepas jugak lah benda yang tak diingini. maryam sempat la merasa popia 2 ketul. agar-agar kering manis leting. popia tu tak dapat diselamatkan. agar-agar kering dia baru jilat. mak rampas sebab terkejut. yang sempat tengok tak sempat masuk mulut macam puding, agar-agar, kek jangan cerita lah. stress mak. stressss! mak dah la kekenyangan dan kepenatan dan kepanasan kan. maryam pulak. tak leh orang offer food. -____-"
walaupon perangai buruk, tapi biasanya mak masih ingat nak berbudi bahasa ngan orang tua. walaupon control food maryam biasanya cakap baik-baik lah maryam tak makan lagi. tapi bila maryam dah besar ni, ramai orang macam tak boleh nak terima maryam still di control makan nya walaupon dah besar. i pon tak faham kenapa lah dieorang nak bagi sangat junk foood ni kat budak-budak. tapi raya kali ni sebab kepenatan kut, keterlupaan kadang-kadang tu nak berbudi bahasa. ade sorang mak cik tu dia bagi maryam makan kek. i terus ambik kek kat tangan maryam then cakap maryam tak leh makan. kek tu manis. tak tahu lah nada camane. tapi nampak lah muka dia berubah berasa hati lah kut.
anak kurus, mak gemuk.
kesinambungan dari cerita food kat atas. disebabkan i merampas kek dari maryam and letak balik dia cakap maryam ni sure tak makan pape kan. kurus kering jer. haish. memang menguji kesabaran tau panas-panas ni. dia dah la tetamu. ade aku perambat balik kang. masa tu duduk rumah nenek i. mak redha je lah. layan lah perangai orang tua ambil suap maryam dengan food yang dibekalkan. penat-penat mak prepare food, nak sumbat ngan bukan-bukan pulak.
tak cukup dengan mak cik tu sorang, moyang maryam pon nak tambah temperature ummi maryam jugak. dok bercerita anak dotdot tu, makan catu. semua benda tak boleh. anak semua kurus kering jer. anak dotdotdot pulak, semua 'sihat-sihat'. makan semua. tak memilih. yelahhhh. baik lah. baiklah. raya ni telan jer semua. tak baik nak melawan orang tua. mak telan semua. T______T
tak cukup dengan tu. mak cik yang sama dengan mak cik bagi kek kat maryam tegur i semakin menggemuk. dulu kurus. anak dia menyampuk, "mengandung kan tu mok, nyo berisi lah" tapi dia still nak tambah, " ngandung pong, kiro gemuk la besar lagutumo"
kannnnnnnnnnnnnnnnn...mak gemuk kecoh. anak kurus pong kecoh. tahun depan nak pakai tag besar-besar or buat banner kat tangga.
"JANGAN BERCAKAP KALAU TAKDE BENDA YANG SEDAP DIDENGAR NAK DICAKAPKAN"
kan dah emo cerita pasal raya. muehehehe
keseluruhannya. my raya adalah menggembirakan hati dan mengenyangkan perut. dihidangkan dengan food yang super sedap. orang sekelililing yang rapat pon faham jer tak de isu pon pasal maryam sikurus sebab dia tak reti dok dia, mak maryam si gemuk sebab dia semua food belasah. dan mak maryam si gemuk yang masih cuba nak menjaga makan minum maryam. orang yang jumpa setahun sekali jer tu pon kadang-kadang tak jumpa jer yang susah nak faham. mak pasrah. T____T
emas murah
balik kelantan musim-musim raya ni sibuk lah orang bercakap pasal emas. balik hari tu kebetulan lagi sekali emas turun. nak beli emas baru matik la kene jelingan maut ngan walid maryam kan. setiap kali balik kampung nak beli emas. tokei balok pong bankrup. tapi nakkk jugak tambah kesibukan orang kt kedai emas tu. pergi lah tukar gelang lama yang tak sedap pakai ambik cicin ngan subang. ade jugak emas baru kan walaupon tak keluarkan duit. hehehe
berat naik berapa kilo?
biarlah rahsia dulu. yang pasti, ade harapan la nak kene minum air gula ni. petang ni ade check up. doalan mak tak kene minum air gula yer u ols. nanti malam kang. mak bercerita pasal check up petang ni pulok. dan berat semasa T_T