lama tak membebel kat blog ni sebenarnya. banyak bercerita pasal food maryam jer. eh korang jenguk blog ni pon sebab food maryam lah kan.
membebel memerlukan masa yang lama, tempek gambar type-type bahan skejapan sahaja masa diperlukan. sebab tu lah hari-hari asyik food jer yang keluar.
walaupon suri rumah, nak duduk melepak depan lappy mengadap blog rasa sayang pulak masa. teringat kain berbakul tak lipat (lagi teringat muka husband kalau bab ni), teringat pinggan satu sink tak basuh, teringat habuk meja tak lap lagi. tapi orang tuu suka-suki jekan kate kita suri rumah dok goyang bontot jer. hamboih hamboih
kitew ade anak la nak kene jagakan
kitew ade husband la nak kene
puaskan. eh
tapi mengadap fb tak rasa bersalah la. hahaha. sebab saya cakap kat husband, fb adelah satu-satunya medium saya nak berkomunikasi dengan manusia. selain maryam dan husband.
sekarang husband tak de. outstation. so saya banyakkk masa bila dia takde. boleh abaikan rumah tak berkilat. masak gitu-gitu jer. pinggan guna satu jer..kadang2 share ngan maryam
saya tak cakap kosong. bertapa nak jimat tenaga nya saya. memang saya share pinggan. =P
ok tipu. bukan nak jimat tenaga, tapi ni salah satu cara nak bagi maryam makan banyak. suap dia dalam pinggan kita, sambil makan, sambil suap dia, nanti berlari-lari la dia datang. ingat makan food kita la tewww
bunyik mcm best jer bila xde husband kan.
tapi tak.
rasa macam nak nyanyi lagu najwa latif jer
kosong..kosong..kosong
(ok part tu je. past lain xde kene mengene ngan hidup)
kesepian giler takde husband. sebab tu lah ramai bini yang husband selalu takde kat rumah curang eh?
bukan masalah gersang. eh lagi. masalah bukak mata tengok maryam bangun tido tengok tv tengok maryam, bangun pergi toilet tengok maryam mengekor kat belakang, masak tengok maryam, petang begitu jugak masih lagi dengan maryam, mandi ngan maryam malam ngan maryam sampai maryam tido, maryam tido pon tengok maryam lagi jugak sebab lampu kat luar dah tutup takut dah nak kelar. esok bangun rutin sama. bosan nya!
xde orang nak bercakap. xde orang nak gaduh. tak de teman nak tengok tv. tak boleh merungut "u ni manjang tengok sport"
kalau nak curang agak-agak laku lagi dok? eh
bosan ah bie.
miss u