sebab ade perlapik aluminium ni la. tak payah keluarkan steamer gabak dah. wok pon dah cukup=)
bahan-bahan:
1/2 cawan susu (kalau kawan-kawan nak yang lembik, suruh lah mummy korang tambah air sikit)
1-2 sudu besar yogurt (tak nak letak pon takpe, ni ummi saja letak sebab nak habiskan stock yogurt)
1 keping roti
1 biji telur
sedikit unsalted butter (1/2 sudu teh , tak letak pon takpe)
buah-buah (ummi maryam guna prune, dragon fruit dan pisang)
campur telur, susu, yogurt dan unsalted butter.carik-carikkan roti pastu rendam la roti..rendam lama-lama sikit biar roti kembang. pastu campur ngan buah-buah boleh la kukus.
sebelum kukus
siap~
ready to ngap~
yummm~
saya macam biasa. dapat makan mesti happy=)
kawan-kawan tak boleh makan telur yer? jangan sedih sedih tau..sebab ummi maryam pon pernah buat kan maryam tak letak telur..
egg-less bread pudding. boleh tengok resepi eggless bread pudding disini yer kawan-kawan
ummi saya bakar. tapi ummi pernah try steam pon ok. lagiiii lembut. yum yum
mana boleh maryam jer makan setap-setap kan. ummi cakap dia kene la berlaku adil. walid pon ade puding roti juga
puding roti simple
ummi dapat resepi kat sini
resepi puding roti simple sesenang ABC
Bahan-bahan
- 500 ml Susu segar
- 8 keping Roti ( ummi guna wheatmeal gardenia 6 keping jer)
- * 4 sudu besar Gula halus (ummi letak 3 sudu jer..kempen kurangkan gula)
- * 4 sudu besar Butter(ummi guna planta. 2 sudu jer)
- * 2 biji Telur
- * 1 sudu tea Esen vanilla
- * 1 sudu besar Tepung Jagung
- 2 sudu besar Kismis(ummi letak sesuka hati tabur)
Cara-cara
- Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.(ummi rendam lamaaa..haha)
- Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
- Taburkan kismis diatas adunan tadi.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
siap~
ummi buat ni masa walid balik awal buat spotcheck. hehe. ngam ngam pudding masak, walid pon balik. so walid makan puding ni panas-panas lagi..
puding roti panas-panas makan ngan ice cream oreo kegemaran walid
ummi makan kosong macam tu jer. sebab dia malas nak buat sos kastard. hehe.