Sunday, 27 February 2011

ingat tak perasaan 2,3 hari nak kahwin?

masa 2,3 hari sebelum kahwin tu mesti muka berseri-seri kan. dah nak start naik seri dah.keh keh keh. sebenarnya bahagia. senyum memanjang memang la berseri-seri muka kan.

dalam dok serabut-serabut setelkan rumah, pasang khemah. komfemkan baju nak alter, make-up nak komfem kul berapa, dok susun-susun door gift. memang serabut masa tuh! tapi time masa luang tuh memang senyum sorang-sorang. eh, tak sangka lagi 2,3 hari nak kawen. senyum lagi. lepas tu teringat pulut semangat tak komfem lagi sape nak buat. serabut balik. gahahaha

sekarang pon i macam tu lah. jalan rasa macam di-awang-awangan (bahasa ape ni?) mulut terasa lenguh sebab asyik senyum. keh keh keh

bahagia. bahagia.

sekarang ni rasanya lebih bahagia dari nak kawen. sebab tak de benda yang nak diserabutkan. bertambah bahagia lagi bila melayan maryam yang semakin galak senyum and bercakap.

esok malam jumpa husband. insyaAllah.

memang lah sebelum-sebelum ni pon selalu kene tinggal. tapi paling lama pon 2 minggu sajor.

padan lah orang tua-tua cakap sayang isteri tinggal-tinggalkan. huhu

lepas husband balik saya buzy menyendeng melayan suami kut. tak sempat nak update blog kut. ececeh. yo yo jer

husband balik saya ade banyak benda nak mintak. (bersedialah suami!) so maybe sedikit buzy. kita jumpa bila saya balik kl okeh!

ya Allah. rindunya kinrara mas

Saturday, 26 February 2011

Thursday, 24 February 2011

aku hanya wanita biasa

Kepadamu yang menjadi pendampingku..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang memilihku...

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

edit from:

http://www.facebook.com/NURJANNAHJANNAH57

Wednesday, 23 February 2011

ceit!

macam i cakap dalam entry sebelum ni, bila husband cakap dia kene extend i tak frust tunggeng terbalik pon. biasa jer lah. maybe sebab extend lagi 5 hari jer. cer die cakap kene extend 5 bulan tapi tak boleh bawak i? mau nye meroyan.

jadinya hari ni menjalani hidup sebagai seorang ibu kepada maryam di rumah mertua macam biasa. tapi sedikit resah sebab husband tak online. dari pagi tak nampak dia online. so tengahari tu i assume dia buzy lah. maybe tengahari lepas dia lunch dia online. tapi tak jugak online sampai lah ke petang, sampailah dah malam.

bila dah maghrib dia still jugak lagi tak online i dah pikir pelik. nak tahu ape saya pikir?

saya fikir suami saya dalam perjalanan balik kl. dia saja tak cakap nak buat surprise.

i pon tengok jam. kalau ikut yang dia cakap, kalau dia jadi balik sabtu ni, dia sampai kl pukul 530 petang, then amik flight balik kelantan kul 650 petang. so dalam pukul 8 dah sampai kb. ding dong ding dong tunggu beg, tunggu taxi (amik taxi, kata nak buat surprise kan!) paling lambat pon kul 10 sampai lah.

punya lah neves setiap kali bunyi kereta lalu tau.

sekali kul 930 dia online!

cakap harini dia tak dapat nak connect internet kat office.

deng! mak frust nyah. frust giler!!

sape suruh fikir pelik-pelik kan. -___-"

bukan salah i tau suka pikir yang bukan-bukan. husband mak ni suka buat surprise kalo bab-bab ni. selalu sangat tetiba muncul depan pintu. konon-konon sweet la tuh! sekarang tak boleh ke u buat sweet lagi sekali tiba-tiba muncul depan i? huhuhu

kegersangan terserlah! kegersangan terserlah!

ok. dah habis dah cerita frust.

lama tak tempek gambar food kat blog ni kan. masa dok rumah mak hari tu ade jugak masak dengan adik yang tengah tunggu SPM, abe cik. tapi banyak sediakan bahan jer. tolong-tolong and ajar die masak je lah. tak turun dapur pon sebenarnya. duduk kat meja makan jadi mandur. gahaha. sonang kerja mak. tengok-tengok kari siap. tengok-tengok kurma siap. tengok-tengok ayam masak kicap siap.

tapi rumah PIL ni kene la jugak masak siang. sebab tak de orang. disebabkan sekarang masih lemah lagi dalam pengurusan masa, masak simple-simple jer. takut maryam menangis.

hari first ingat nak masak sotong goreng halia. sekali MIL call cakap lauk dah ade dalam peti tinggal nak panaskan jer. bahan nak masak dah siap potong. so jadi lah sayur goreng halia. haha!

hari second lauk lebih semalam ade lagi. ikan bakar. so masak sayur tumis air sebagai sayur dan jugak kuah

gahaha!

senang giler kan menu. tapi percayalah macam ape je kat dapur tu kalut. kopek bawang pastu pergi tepuk-tepuk maryam. siang sotong pastu pegi intai maryam. kalau rumah sendiri senang sikit kut. kecik. tak delah penat nak ulang alik tengok maryam.

Tuesday, 22 February 2011

drama tak habis lagi

i tengah tengok gambar husband zaman-zaman baby. ya allah! rasa macam i dah melahirkan sorang lagi peja rusli. isk. sama giler. tapi of cos la girl punya version and lagi cute punya version and cerah sikit punya version. ngeheheh

walaupon muka, kaki, tangan, rambut, telinga, hidung, dan semua-semua lah dengan kata lain ikut dedi dia, tapi maryam mewarisi ke-cute-an memi dia. hohohoho

okeh. bercakap pasal dedi maryam, dia tak jadi balik sabtu ni. extend lagi. kata nye sampai jumaat depan. heh.

meroyan ke memi maryam?

i dah tak larat dah u. dah penat dah tunggu. dah malas nak kata ape. nanti kalau dah sampai masa kene balik, balik lah tu. *mengeluh*

Saturday, 19 February 2011

rumah PIL

sekarang dok rumah PIL. boleh bukak blog type-type ni dah kira tahap boleh buat sujud syukur dah ni. nak blogwalking jangan harap. nak upload gambar? jangan lah mimpi. nak type status kat fb pon berzaman. jadinya, sehingga berjumpa lagi diminggu hadapan. bila suami dah balik,dan masa tu i dah balik kl.

tak sabar!

-kamu takkan tahu perasaan gersang berjauhan dengan laki sampailah kamu rasa sendiri.

jumpa lagi next week!

luv u~

Thursday, 17 February 2011

i wish

esok adalah sabtu. i wish my husband balik esok. i wish dia buat surprise cakap nak balik next week tapi esok petang dah tercongok depan pintu.

ding ding boding dibodiboding!!!

tiba-tiba dibo datang

hello hello my name's dibo
here is something you should know
when you want a gift say this
di.di. bo ding di bo di bo ding!!

I'm a gift dragon
and a gifyky wagon
to grant your every wish
it makes me jump in the air.wooooooooo

hello hello my name's dibo
here is something you should know
when you have a simple wish
di.di. bo ding di bo di bo ding!!



my tummy's no dummy.. it's telling me it's gift time

hahah..berangan tak kene bayar!

Tuesday, 15 February 2011

23!

2 hari lepas cukuplah 23 bulan bergelar isteri. tapi mak cik lupo. hari tu husband wish baru ingat. sori lah bie. masa pregnant cakap orang pregnant pelupa, sekarang buat alasan masa beranank banyak urat-urat putus. so u kene redha je lah kalau i lupa anniversary sekali pon.

maknanya next month dah 2 tahun kiteorang jadi suami isteri. =)

last year sambut anniversary berdua. this year dah bertiga. my husband confirm balik lagi 2 minggu (tak sia-sia berangan). jadinya boleh lah celebrate sama-sama.

memandangkan this year kerja tadak, bisness pon tadak so tiada bajet untuk hadiah u. tapi ade hadiah special. nanti i bungkus cantik-cantik lagi 2 minggu (10 hari jer lagi!) i bagi u ni..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Photobucket
Photobucket

hehe...ok lah kan?

Monday, 14 February 2011

ado sekor anok tupa

ado sekor anok tupa
atah jula mokte
kudong eko peghuk lapa
jale cari make

kejadie tuhe
hey dipanggil namo tupa
asal nyo dale hute
sejenih mamalia

kalu pasa jakik kok dehe
diolah yang paling panda
jatuh jare jare
kerano dio tok sobar

sepanda panda tupa melopat
jatuh tanoh jugok
nok wi kaba ore jahat
jange telajak manggok

*mahu lagi? sila gugel lirik. hahaha

dulu-dulu i suka dikir barat nih. siap hafal lagi kalo setakat lagu halim yazid ni. memang ferevet lah dulu-dulu.

suka halim yazid ni sebab liric dia tak mengarut. banyak unsur nasihat. lagi satu yang suka lagu 'pesan mok'

ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali ambo nak turun jale
jange lupoke Tuhe
kito ore isele tokleh tingga sembaye

ingat sokmo hak mok pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
tokleh sombong ngan ore

pese ibu bapok
ambo tak tlupo
pese ibu bapok
ingat pah bilo-bilo

pese turon pulok
goyak wi kt nok ambo
kito harto takdok
pesane jadi sako

ingat sokmo hak mok pese
kito susoh jange tupe ore
tak soh pinje berute
kalo de banyok ute
kito payoh nok sene

hok mok pese hari-hari
pandai2 jaga diri sendiri
bala cekah jgn dicari
tempat susoh jgne di gi
ore kenat keno lari

maso kito kayo
rama lah saing sorbat
de takdok gapo sekaro
kucing pun tok dok dekat
mase sene lego
ramai lah kaum krabat
de takdok gapo sekaro
lalat pun tak sei hinggap

ingat lagi hak mok kato
hati2 dale wat kira caro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tak baik mengupat mengata

hok mok pese hari2
kito keno kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nak gi
baik2 jago diri

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
jange sombong ngan ore

pesene mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

pesane mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali ambo nak turun jale
jange lupo kan tuhe
kito ore isele
tokleh tingga sembaye

ingat sokmo hak mok pese
ingat sokmo hak mok duduk pese
ingat sokmo hak mok pese



hehehe..ye ye. saya selera kampung sebab saya ore kapung.=)

tak paham bahasa

cuba bayangkan

anda tahu anda memang tidak disukai oleh seseorang. ataupon seseorang tu sedang menjauhkan diri dari anda.

sebabnya anda telah melakukan kucar kacir dalam hidup dia.

anda nak ke add orang tu balik dalam facebook lepas orang tu dah delete?

nak ke hantar message congrats ke ape..

nak mengeratkan silaturrahim?

dah tu..awat dulu hang hancurkan silaturrahim tu?

elok-elok aku dah tak marah. saja datang nyendeng-nyendeng nak bagi dosa aku yang dah sedia ade banyak ni bertambah.

orang tak suka pergi jauh-jauh boleh?

hish..

Thursday, 10 February 2011

maryam susah burp tapi kuat kentut

hah. dari title dah tahu permasalahan disini.

kentut tu bukan masalah. itu keturunan. teruskan maryam. tapi kalau kat ramai-ramai orang kentut slow-slow dah lah. nanti orang ingat mommy yang kentut. mesti orang tak bajet budak cute macam awak kentut mengalahkan mommy.

masalahnya burp. haih. payah sungguh budak ni nak burp. tapi kalau sekali burp tu memang tak sopan lah. mesti aunty raja marah. hahaha

dah try guna cara belajar kat antenatal class dulu. letak perut atas bahu. tepuk-tepuk sikit, goyang-goyang sikit. cara ni jarang berkesan. sebab mommy die tak boleh buat lama-lama cara ni. berat weh budak ni.

so guna cara tepuk-tepuk belakang sambil dudukkan dia. lenguh tepuk gosok, then tepuk, pastu tukar position. tukar tangan sebab lenguh. dua tiga kali tukar baru burp.

kadang-kadang tak burp pon.

masa kat prince court, i tanya nurse yang mengajar breatfeed dia cakap baby breast feed tak perlu nak di-burp-kan. tapi i baca-baca kat internet dia cakap kene burp jugak.

tapi rasanya maryam selesa bila dah burp. sebab kadang-kadang tu lepas isap susu dia nangis-nangis. lepas i burpkan terus senyap. tak pon keluar muntah sikit br nampak selesa.

pastu masa dia selesema haritu kalau dia tak burp dia muntah dengan sangat banyak. kesian nampak. lepas muntah tu dia selesa lah. tapi tak tahu lah muntah tu sebab selesema ke sebab tak burp. sebab sekarang ni tak burp pon jarang muntah dengan banyak dah.

hari tu i mengadu kat mak cik yang maryam ni susah nak burp. so lepas menyusu dia ambik maryam dia tepuk-tepuk belakang maryam. kuat giler bagi skala i.-____-"

masa dia tepuk tu i dalam hati, 'anak akuuuu'

dia nampak muka i berubah kut bila dia tepuk kuat-kuat so dia cakap

"tepuk lah kuat sikit. tak sakit nya baby"

masalahnya, lepas mak cik tu tepuk kuat tak burp jugak maryam. mommy tepuk ngan kasih sayang bukan tak burp langsung, cuma susah. ambik masa lama. kadang-kadang masa tengah burpkan dia tengok-tengok dia dah tido. (betul la kut aku tepuk slow sangat sampai maryam ingat aku ulitkan dia tido)

ke aku yang tak sabar nak tunggu dia burp? kene buat lama lagi kut.

Wednesday, 9 February 2011

tak perlu baca entry ni

eh.eh. dah hari khamis.
esok hari jumaat.
lepas tu weekend.
weekend cepat berlalu tengok-tengok nanti dah hari isnin
pastu selasa, rabu, khamis
eh.eh.jumaat balik dah.
weekend lagi.
dan minggu lepas tu adalah minggu kegembiraan
ecece..

tak sabar. tak sabar
sikit jer lagi.
sikit jer lagi





kenapa? menyesal baca ke? kan dah cakap jangan baca. ni entry tak ilmiah (macam lah pernah buat entry ilmiah)

sebagai penyeri entry, diakhiri dengan gambar maryam

Photobucket

Photobucket
"eeee..tak sabar nye nak jumpa daddy," kata mummy maryam
Align Center

haish

nak update pasal diet progress. tapi malas pulak nak transfer gambar. esok-esok lah yer. kalau esok bilom ada maknanya esok kepada esok. heheh

setakat ni walaupon masih lagi gemuk tapi sangat teruja ngan prestasi diri. esok lah cerita yer. tapi jangan salah sangka mcam husband saya. bila i teruja cakap berat turun terus dia ingat i turun 20kg!

huh. hampes betul. agak-agak la kan. harus lah letak 3 tin biskut jacob tu.

tak banyak. tapi tak sangka. i ingat turun sangat sikit.

eh. esok lah cite. lebih-lebih pulak

sekarang ni yang jadi assistant kat umah adik yang no 4. sekarang ni tengah tunggu result SPM. dia lah yang aku mintak tolong. dialah teman bercakap. dialah teman bergaduh (bergaduh tu yang selalu sangat sebenarnye)=___="

tadi dia tengok camera i tak transfer lagi gambar yang i ambik. dia tengok berat.

abe cik: berat kak cik *tuuuuttt* ke?

tuan rumah: holas. kenapa?

abe cik: ouh..lebih kurang la ngan berat abe cik. tapi kenapa kak cik...... (senyap)

tuan rumah: hah. kenape ape??kenape ape?!!

abe cik: abe cik nampak kak cik gemuk jer. berat sama ngan abe cik.

hang tau dah hang laki? laki ni kurus pon berat. tulang hang berat, otot hang banyak.

hang tau dak hang tu tinggi? hang tau dak? hang tau dak?

Monday, 7 February 2011

masuk blog laluh!

[1:26:19 PM] isteri: tgk fb
[1:26:19 PM] isteri: tgk fb
[1:26:27 PM] isteri: cute giler yayam senyum
[1:26:32 PM] isteri: xngagoh tau
[1:27:16 PM] suami: huhu
[1:27:18 PM] suami: tgk doh
[1:27:23 PM] suami: anok dedi meme cute
[1:27:31 PM] suami: comei mace mami dio
[1:27:32 PM] suami: :P
[1:27:36 PM] magh farah: ahahaha
[1:27:39 PM] magh farah: cesss

*bukan senang nak kene puji. walaupon teghang-teghang muka anak muka dia*

50 hari maryam

anak ku maryam bacalah, rapuan yang ibunda karangi

di hari yang ke 50, mommy tido 2 jam jer semalam. pagi masa maryam tido mommy kene bangun masak-masak pulak. eh. bukan lah mommy masak beria sangat pon. ayah cik yang masak, tapi still tak boleh tido lah sebab mommy kene jadi juru sediakan bahan. ayah cik masak daging goreng kunyit ngan telur dadar. mommy buat tomyam guna paste jer. siap jer mommy masak maryam sedar nak susu. sekarang maryam tido. tapi kejap lagi mommy nak kejut maryam. kita mandi,then tido sama-sama ok~

dah 50 hari dah maryam. maryam dah 5kg sekarang. lengan ngan pergelangan tangan mommy sakit sekarang ni. sebab angkat maryam kut. lama-lama ade harapan mommy ade otot berketul-ketul kat lengan sebab angkat maryam 100 kali sehari. huk huk

kalau mommy kerja, (kalau ok, kalau) mesti sekarang ni mommy tengah susah hati nak tinggal maryam. sebab dah tak lama dah nak start kerja. sekarang sila bersyukur mommy tak kerja. huhu

best friend mommy masa sekolah rendah dulu mak dia tak kerja. susah jugak lah hidup dia kalau nak compare ngan mommy sebab ayah dia sorang jer kerja. kereta pon dia tak ade dulu. masa muda-muda mak dia pernah dapat offer jadi nurse, tapi mak dia tolak. so bf mommy tu selalu cakap kat mommy, kalau mak dia jadi nurse, mesti dia dah ade kereta.

mommy pulak mak kerja. kerja pulak jenis yang ofis hour kerja, pastu oncall pulak. memang mak tok buzy macam sekarang dari dulu lagi. tapi tak pe, mommy ade awoh. sebab tu mommy lagi rapat dengan awoh dari mak tok. kadang-kadang mommy jeles jugak ngan kawan mommy tu sebab mak dia masak sedap-sedap. mommy paling suka donut mak dia buat. lembut jer. sedap! tapi kelebihan mommy, sebab dua-dua kerja jadi mommy adik beradik tak pernah rasa susah lah. duit mintak jer ngan mak tok.

hah. begitu lah maryam. dalam dunia ni kita tak boleh dapat semua. kalau dah lebih kat situ adelah terkurang kat mana-mana.

kalaulah suatu hari nanti mommy kerja, and mommy buzy tak boleh nak bagi sepenuh perhatian kat maryam, bukan mommy tak sayang maryam tau. mommy kerja cari duit untuk masa depan maryam jugak. tapi kalau boleh walaupon mommy kerja, makan minum family kita mommy tetap nak sediakan.

and KALAULAH memang ditakdirkan mommy tak kerja. kita tak banyak duit tak boleh nak mewah-mewah macam orang lain jangan salahkan mommy pulak tau. huhu

Photobucket
tengok rambut maryam dah cacak-cacak

Photobucket
muka makin chubby, tapi badan idok lah naik sangat. pipi jer dah 2 kg kot

Photobucket
kalau siang, tido tak ingat.


bestnya kalau tiba-tiba duit satu jota jatuh depan rumah.

Sunday, 6 February 2011

anda harus ke oversea untuk pandai masak

blog-blog tayang makanan masakan yang aku suka baca adalah kebanyakan nya blog rakyat malaysia yang duduk oversea. maklumlahkan, dok obersi susah sangat nak cari makanan halal or susah nak cari makanan yang ikut selera tekak melayu. masak jer sonang.

my husband adalah typical lelaki melayu ganteng. boleh la masak. kalau sardin tuh memang dia pro dari aku. pastu masak semua nak letak kicap ngan sos. masak sayur pong! -___-"

tapi, sejak dok negara yang suka makan daging vavi tuh, dah berkembang dah bakat die. dah reti masak tomyam (kantoi masak tom yam senang giler kalau guna paste), sup-sup tu dah boleh buat sambil tutup mata dah, dan banyak lagi lah yang dia dah boleh masak.

habislah i bila dia balik ni. orang kata, lelaki ni kalau dah pandai masak selera cerewet la sikit. tak boleh dah nak masak lebih kurang lepas ni. nanti dia cakap,

'i masak sedap lagi'

-___-"

tapi kannn...tapi kannnn..tapi kannn..



bab terer masak tu tak heran sangat. masak seme orang boleh belajar. tapi yang tak tahan nye


























Photobucket

siap bersusun cantik okeh!

amboih bie, nak lawan i ka????

tapi sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam hal-hal menyusun makanan cantik-cantik dalam pinggan begini, makanan nampak cantik tak semestinya sedap~

ngehehehe

sila buktikan kepada i bila balik malaysia nanti.

(best weh nanti kalau agak-agak malas masak boleh gilir-gilir masak)

Thursday, 3 February 2011

menghitung hari

menghitung hari detik demi detik
masa kunanti apa kan ada
jalan cerita kisah yang panjang
menghitung hari

padamkan saja kobar asmaramu
cinta putih itu takkan ada
yang aku minta tulus hatimu
bukan puitis

pergi saja, cintamu pergi
bilang saja pada semua
biar semua tahu adanya
diriku kini sendiri


*jiwang mode on*

jiwang sokmo!

saya dalam mode menghitung hari. typical me, suka mengharap dengan harapan palsu. eh. not palsu yet. tapi tak confirm. ngehehe

walaupon husband balik entah bila tapi i buat kepercayaan palsu dia balik hujung bulan ni. kalau tak balik frust. -___-"

CNY ni meriah la rumah. pok we balik, along and helmi balik, mi balik, walaupon abe cik pergi kem.

dan..dan..dan..dengki ngan along sebab abang helmi ade ngan dia

husband saya?

saya nak husband saya. pulangkan husband saya!