Thursday, 29 July 2010

sos black pepper

hari ni nak share resepi black pepper sauce.

black pepper sauce

bahan-bahan:

1/2 labu bawang besar
1/2 cube pati daging knorr (ayam pon boleh)
1 sudu tepung gandum
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu sos black pepper life*
air bancuhan tepung jagung*
2 cawan air

*sos black papper life kalau tak de pon tak pe. kalau tak de, tambah lagi sedikit black pepper, sos dan kicap.

*air bancuhan tepung jagung untuk pekat, tapi farah tak tambah sebab dah pekat

cara-cara:

1. tumis bawang besar dan 1 sudu tepung gandum sehingga keperangan
2. masukkan air dan cube pati daging knorr.
3.masukkan semua sos, serbuk lada hitam dan kicap. kacau sehingga menggelegak dan pekat.
4. tambah garam dan gula jika perlu. seimbangkan rasa. kalau nak pedas tambah lagi serbuk lada hitam. lagi sedap kalau ade rasa macam-masam dari sos tomato.

cadangan hidangan: makan ngan lamb chop

selamat mencuba~

main masak-masak: grilled lamb chop

saya suka bila husband request nak makan something. tak payah penat perah otak nak masak ape. hehe. semalam melayan nafsu makan suami. masak lamb chop.

bahan-bahan untuk black pepper sauce

black pepper sauce.

resepi lengkap untuk kuah black pepper boleh jenguk kat dapur saya.

lepas tu kita perap kekambing

bahan perapan: halia, bawang putih, black pepper, sos tiram dan kicap.



kekambing dan sesayur yang sedang di grill

bila dah siap hidang~

suami punya

tomato ngan mushroom yang di grill sekali ngan kambing tadi


dan mesti lah saya punya~


lepas makan dua-dua kenyang membuntal. cukup energy untuk aktiviti malam. ngehehe

berbudi pekerti mulia

sempena hari jumaat yang mulia, mari lah membentuk budi pekerti mulia. sebagai permulaan, mari lah menyiapkan kerja-kerja rumah terbengkalai. supaya nanti suami balik kerja tersenyum sampai ke telinga.

untuk merealisasikan misi bebudi pekerti mulia, haruslah menyusun kerja-kerja yang akan di buat hari ini.

sekarang: breakfast + blogging
8.00: basuh baju + blog hopping (hak hak. basuh baju bukan kene tunggu pon kan!)
9.00: kemas dapo
10.00: mop lantai + vacuum rumah + lap habuk
11.30: rehat + blogging. (siap awal boleh rehat awal. hoyeahhh)
12.30: lunch
1.30 : tido lipat baju sambil tengok two and a half man.

itu sahaja misi hari ini. semoga berjaya maghfarah~

semalam suami simpan harta karun lama dia dia tunjuk sijil-sijil lama dia. tahu ape yang menaarik perhatian saya?

ANUGERAH PELAJAR BERBUDI PEKERTI MULIA!!


hahahahahahaha. mari gelak secara berjemaah.

u ke paling berbudi pekerti mulia kat ytb tu? memang hancur lah sekolah u. ngehehe.

selamat hari jumaat~

Wednesday, 28 July 2010

menarik~

menyilok daripada blog mak cik rehan . layan~

Behind every successful man is his woman. Behind the fall of a successful man is usually another woman.

A little boy asked his father, "Daddy, how much does it cost to get married?" Father replied, "I don't know son, I'm still paying."

Women might be able to fake orgasms. But men can fake a whole relationship.

Men have two emotions: Hungry and Horny. If you see him without an erection, make him a sandwich.

*like 100 kali* haha

Marriage is very much like a violin; after the sweet music is over, the strings are attached.

Marriage is love. Love is blind. Therefore, marriage is an institution for the blind.

Marriage is an institution in which a man loses his Bachelor's Degree and the woman gets her Masters.

Marriage requires a man to prepare 4 types of "rings":
* The Engagement Ring
* The Wedding Ring
* The Suffe-Ring
* The Endu-Ring

Getting married is very much like going to the restaurant with friends. You order what you want, and when you see what the other fellow has, you wish you had ordered that.

Son: Is it true? Dad, I heard that in ancient China, a man doesn't know his wife until he marries.
Father: That happens everywhere, son, everywhere!

Love is one long sweet dream, and marriage is the alarm clock.



=)

cerita dinner

lama nye rasa tak masak dengan penuh kasih sayang. haha. kalau emo, masak pon malas. makan jer ape yang ado. suami terpaksa redha jer lah. hehe

semalam try masak telur bistik. lebih kurang telur bungkus je lah resepi dia. cuma dalam telur dadar tu letak daging cincang. dan saya saja-saje gedik tambah lada sulah. sedap bau dia mase goreng telur dadar tu. bau macam goreng daging burger.

telur bistik

paprik sotong

baru-baru ni beli daun limau purut kat giant. tak tahu ape masalah daun limau ni, tak bau daun limau purut sangat pon. letak banyak-banyak baru ade bau. daun muda kut. isk.

baby kailan goreng ikan masin

suka sayur ni sebab rangup krup-krap-krup-krap. goreng lagi banyak dari tu sebenarnya. tapi sementara tunggu husband balik kerja semalam sudah berjaya merantah sayur itu separuh. hehe

tu jer dinner. eh. ni dah kira rajin lah ni berjaya masak 2 lauk satu sayur. hehe. biasa satu lauk satu sayur jer. haha. dasar femalas

Tuesday, 27 July 2010

tips makan nasi goreng tanpa rasa bersalah

1. anda bukan sedang dalam usaha menurunkan berat badan. kalau sedang dalam usaha menurunkan berat badan sila rasa bersalah walau ape pon alasan anda.

2. pastikan homemade. kita tahu apa bahan kita letak.

3. minimumkan minyak. ganti dengan minyak yang lebih sihat. at least boleh sedapkan hati walaupon itu masih lagi minyak. hehe

4. letak sayur banyak-banyak supaya bila kita makan kita akan pikir tu sayur goreng bernasi. bukan nasi goreng.

5. kene make sure sedap sebab kalau tak sia-sia jer tambah kalori dengan makanan yang tak sedap. ngehehe

7. pasti kan itu bukan kehendak kita. dengan kata lain orang lain yang suruh.

contoh:

S: buzz!!
b: bizz!!
S: i sangat lapar. dah breakfast pon lapa lagi. dah makan buah. dah makan biskut. tapi lapar lagi. semalam makan banyak sangat kut.
b: olo sian. dah habis ke stock makanan? nanti kita pegi beli malam ni.
S: food ade tapi semua kene masak. MALASSSSSS
b: ala. nasi lebih xde ke dalam peti? masak nasi goreng la. kan senang.
S: hehe. ok

merujuk kepada contoh di atas, objek B yang menyuruh objek S makan nasi goreng. jadi kene makan. kalu tak derhaka namanya. tu contoh yer.=D

8. kene make sure goreng betul-betul untuk sekali makan jer. kalau tak akan makan lebih dari kuantiti yang sepatutnya.

kesimpulan nya, alah. kalo dah rasa nak nak makan tu makan je lah!

bahan-bahan gorengan

suka nasi goreng versi ni. sebab rasa tak pernah mengecewakan. hehe. cuma kali ni ganti ikan bilis dengan ikan masin. tambah sos tiram tambah kicap siap~

nasi goreng lunch hari ni

ok. dah tak lapar dah. =p

bila kenyang mula lah mata ngan badan tak nak bekerjasama. cis..

i tak nak...

semalam masa keluar dating i makan sangat banyak (macam lah sebelom ni makan sikit) sampai keluar urat biru kat perut. ok tipu. sampai perut membesar dua kali ganda. dan husband dok sibuk gelakkan i. or lebih tepat gelakkan perut i.

"A (bukan nama sebenar) tak nampak pon lagi perut dia. dia lambat 2,3 minggu jer dari u"

"haha. dah tu nak buat camane perut i besar? vangga ape perut besar. nak masuk toilet pon tak payah beratur tau. semua orang bagi jalan. nak guna kain sembahyang kat surau semua orang berebut-berebut nak bagi kat i. tak payah i nak tunggu lama-lama"

lagi pon bagus lah kan, ingat u je ke nak tido atas tilam best-best. baby ni i bagi support baik punya memang macam dok atas tilam riban-riban lah dok dalam perut i. kalah tilam eric leong.

hehe. u bernaseb baek jer mood i ok semalam tau. ade ke kutuk perut i then nak compare ngan perempuan lain pulak. itu mencari nahas nama nya. i perempuan pregnant yang emo remember? boleh meletup bila-bila masa tanpa sebab yang kukuh. semalam mood i ok. nak gurau bewok pon i terima. heheh

memang sifat compare-mengompare ni tak akan habis. dan disitu lah ia bermula. mula-mula kita compare saiz perut. lepas tu kita akan compare bila anak kita start merangkak, berjalan, pandai membaca, nombor dalam kelas, berapa A dalam periksa, masuk U mana. dan seterusnya. nanti semua kita akan compare dengan orang lain.

sebagai ingatan untuk diri sendiri. saya tak akan benarkan ini berlaku kepada anak saya. dia boleh merangkak bila-bila masa dia suka, berjalan bila-bila masa, boleh pilih jalan hidup dia sendiri. dan semesti nya di bawah kawalan kami. tapi tak memaksa.

faham tak maksud saya di sini?

saya tak nak bila dia lambat merangkak saya sedih dia lambat merangkak.

bila tengok orang baya dia dah pandai berjalan saya sedih anak saya tak berjalan lagi.

bila anak orang lain 3 tahun dah boleh membaca saya marah anak saya masih tak boleh membaca, so saya paksa-paksa dia belajar, tak boleh main pon.

bila anak saya dapat 4A 1B dalam peperiksaan dan anak kawan saya dapat 5A, saya marah dia sebab dapat 1B. padahal dia dah bawak balik 4A sebagai kejayaan. tapi saya still nak pandang 1B tu.

bila anak saya masuk university tempatan saya dok sibuk bercerita kawan saya bangga anak dia masuk universiti luar negara amik jurusan perubatan.

bila anak saya beli kereta Vios sebagai first car bila start kerja, saya cakap anak kawan saya beli civic type R masa mula-mula kerja.

bila anak saya beli apartment, saya cakap apartment borhan anak mak siti lagi besar dari apartment anak saya.

bila anak saya beli beli condo, saya cakap anak mak cik leha dah beli rumah landed.

bila anak saya beli rumah landed, saya cakap anak datin sally beli rumah jota-jota bayar cash.

woh! sampai bila pon cerita ni tak habis sebenarnya. pokok nya, saya nak appreciate usaha anak saya nanti. dan semestinya saya akan buat dia berusaha lagi, and cuba yang terbaik, tapi bukan dengan compare dengan anak orang lain. ia memberi kesan yang tak bagus kepada anak kita.

saya pernah dengar ceramah pasal ni. tak sure kat MHI ke kat mana. (banyak sangat tengok tv. ampun) topic ni sangat menarik perhatian saya sebab ade banyak contoh depan mata.

antara kesan bila kita asyik compare anak kita dengan orang lain sampai lupa nak hargai usaha dia;

1. low self esteem - sebab dia tak selalu dapat pujian, dia selalu rasa dia tak hebat. saya kenal seseorang yang ade ibu perangai macam ni. bagi saya anak dia hebat. kerja ok. gaji. dalam usia muda dah pikir pasal depan. beli rumah dan start mengumpul harta. taat pada agama dan dia tahu ape yang dia buat. tapi bila dengan dia saya rasa die tak yakin dengan diri sendiri. saya yang tak hebat ni pon kadang-kadang terlebih yakin dengan diri sendiri. dan bila kita low self esteem memang banyak lah sifat-sifat lain akan menyusul.

2. selalu rasa tak cukup. dia selalu kejar sesuatu dalam hidup dia. tak pernah rasa cukup. masa gaji 4 ribu merungut gaji sikit. gaji dah naik 6 ribu masih merungut tak cukup. gaji dah 10 ribu pon still rasa tak cukup. memang lah semakin besar periuk lagi banyak kerak. tapi sifat macam ni akan buat kita rasa kurang bersyukur. kita akan merungut kenapa orang lain boleh beli kereta mahal tapi kita masih tak mampu? best nya orang lain gaji dah 15 k. tapi gaji kita masih lagi 8k. padahal start kerja sama-sama.

3. kedekut. hehe. nak tak anak kita kedekut ngan kita? huhuhu. sebab dia sentiasa rasa tak cukup dia jadi kedekut. duit belambak-belambak pon still rasa tak cukup.

hehe. maaf la yer puan-puan. 3 jer yang saya ingat. tapi benda-benda lain saling berkait lah. i tak nak anak i jadi macam tu. kalau boleh saya nak dia rasa sentiasa di hargai, di sayangi, dan nak dia tahu walau ape pon dia buat parents dia tetap menyokong dia and berbangga dengan dia. kalau benda baik lah yer anok. insyaAllah benda yang baik. kami akan didik kamu. =)

heheh. tak de anak senang cakap kan. bila keluar nanti tahu lah macamana. tapi ni sebagai peringatan untuk diri sendiri jer. bie, sila tegur i kalau i dah mula nak compare anak i ngan anak orang lain.



muka stim kekenyangan

ok baby? jangan risau. sila membesar dengan tenang. dedi memang suka gurau bewok macam tu. kamu akan biasakan diri. gihihi tapi dia akan jadi dedi yang hebat. sebab dia lelaki hebat yang pernah mami kenal. ye lah. kalau tak takkan lah mami kawen ngan dia. heheh. dan mungkin bila besar nanti kamu lagi suka dedi dari mami. hahaha. mami ade instinct yang kuat.

love u baby and dedi baby

Monday, 26 July 2010

hint tak jadi

sape baca entry semalam angkat tangan o/

sangat obvious kan hint tu? siap caps lock bagai kan?

haha. tapi malang nya hint tu tetap tak berkesan. heh!

so terpaksa lah si isteri memintak. tanpa hint. berterus terang. or else si suami tak paham-paham.

" deting jom malam ni. i dah hint kat blog pon tak paham-paham lagi. i tahu u baca blog i semalam. plisss"

" haha. (ade lagi ayat tapi tak penting untuk entry ni)"

ok. ha-ha. tu menandakan dia sedar jer hint tu tapi saja nak main-mainkan i macam biasa. hurmphhh!

i suka kalau dia yang ajak. baru lah nampak dia 'nak' bawak isteri keluar kan? kalau i ajak nampak macam dia 'perlu' bawak isteri keluar.

adakah dia sentiasa begitu? jawapanya adalah tidak. (ya sebenarnya, kadang-kadang jer tidak) dan bila tiba masa dia nak buat benda yang luar kebiasaan biasanya wife dia kan rosakkan segala-galanya. haha.

ingat tak masa birthday i hari tu i merungut dia tak wish sangat pon. as if birthday i ade tiap-tiap bulan so wish ala kadar pon ok lah. tu pon lepas i merungut dia tak wish?

sepanjang hari dia dia memang tak sebut langsung pon pasal birthday i and malam tu i ajak dia keluar sebab nak beli hadiah birthday zara. tapi dia macam tak excited pon nak keluar sebenarnya. bila petang mood i nak keluar dah tak de dan telah membuat keputusan malas nak keluar lepas dia penat-penat rushing balik awal dari ofis. ha-ha. saya memang seorang isteri yang baik dan penyabar.

saya marah sebab dia macam buat tak tahu jer birthday saya. dan dia marah sebab dia penat rushing balik rumah nak bawak isteri keluar tapi isteri emo tarik muka tak nak keluar. he-he

ok. sebenarnya malam tu dia merancang nak buat 'something' sempena birthday i and dia saja buat-buat tak tahu sebab dia merancang sesuatu. i hanya tahu keesokan nya bila dua-dua dah reda dari marah. rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ok! err..putar balik masa boleh. saya nak ulang balik tarikh 16 haribulan?

tapi bila dah dapat tahu i dah kerugian sesuatu so ayat cover perlu ade.

" i bukan nak dinner tempat mahal-mahal. i nak u wish jer"

ape lagi nak di kato? -____-"

akibat sifat emo yang tak menyabar-nyabar tu malam tu aku makan benjo ngan nugget jer sebagai dinner. bagus. bagus.

pengajaran di sini: kene sabar lebih sikit kalau ade husband yang unpredictable ni. kalau tak nak cakap pon at least bagi hint pon dah ok kan? i adalah isteri yang tak sabar.

aktiviti ahad

hari ni hari yang sangat bagus. baru lepas hujan jadi udara sangat sejuk dan nyaman. sedang tengok series 'accidentally on purpose' sambil blog hopping and tiba-tiba rasa something bergerak dalam perut. i tak sure apekah yang bergerak. tapi saya happy. haha

mari meng-update cerita masa weekend hari tu. along and pok we datang melepak rumah kami. and pagi ahad awal-awal lagi kiteorang dah start aktiviti sebab rancangan awal tengahari nak keluar.

mari kita mulakan aktiviti. persamaan yang ketara kami adalah kami semua suka bergambar.

this is pok we, sedang amik gambar along mungkin.

dan ini along. macam tak payah nak kenalkan lagi.

along nak ber-sauna sebenarnya tapi masa kami turun bilik tak bukak lagi so dia join saya swim dulu. err. bukan swim sangat pon. lebih kepada beremdam dan terapung. haha

husband ngan pok we pergi main badminton dulu. lepas tu baru dieorang join kiteorang swim.

dia kepenatan lepas main badminton

i akan upload gambar kepala jer. sebab badan sangat tak menarik sekarang. hehe

bila semua orang dah penat dalam pukul 1030 kiterang naik. bila berendam mesti lah lapar. i buat cucur dan goreng keropok untuk semua orang. lepas makan semua terbongkang kepenatan dan kekenyangan. sesungguhnya memang penat. tak larat rasa nak bangun. pukul 2 baru start masak lunch dan petang baru kiteorang lunch merangkap dinner. hehe

tu jer aktiviti hari ahad. sebab aku penat sampai ke malam. haha. lemoh betul.

ok. nah tengok gambar badan

perut bila baby tak mengeras hanyalah macam perempuan gemuk sahaja. tak nampak macam pregnant pon. hihi

lepas swim mungkin sebab tekanan air dan sebagainya baru lah baby mengeras. bila perut mengeras baru lah saya rasa macam perempuan pregnant. haha

lepas salin baju, ade seorang aunty tegur,

" dah berapa bulan?"

yeay. at least orang tahu i'm pregnant. =)

hanya sebab dia pregnant

dia tahu wanita pregnant sensitif. dan sebab kenyataan itu dia anggap semua orang perlu faham dan perlu jaga hati dia. dia tak peduli orang lain sebab orang lain tak pregnant. ha-ha

dia boleh emo sesuka hati dan marah orang sesuka hati even meja yang hari-hari berabuk dan hari-hari kena lap pon dia marah. dia tak peduli perasaan orang yang dia marah sebab orang yang dia marah tu tak pregnant. sekali lagi. ha-ha

dia teringin semua benda yang dia nampak. sekarang senarai makanan dia teringin adalah sangat banyak dan semakin hari semakin bertambah. dan semakin cepat bertambah kalau dia ber-blog hopping ke blog-blog makanan. durian, cempedak, ikan pekasam, adalah dalam senarai teratas. ho-ho

makan banyak sampai lupa janji kepada mak and doctor. benci tengok cermin besar dalam bilik. mula-mula macam tak kisah dengan berat yang bertambah. (dia pregnant, mestilah berat akan bertambah kan? ) tapi orang sekeliling asyik membandingkan berat masing-masing dan asyik bermegah-megah dengan semakin pregnant semakin kurus buat dia rasa tercabar. i know, orang pregnant jangan pikir sangat pasal berat badan. tapi kene jaga jugak. tapisayaadalahorangyangsentiasamemantauberatbadan,sonaikberatbadanadalahbukanperkarayangsenangsayanakterima.jadijangantambahlagitekanansaya.so satu benda jer yang saya nak cakap. 'ORANG YANG SEBELUM PREGNANT MEMANG DAH OVERWEIGHT TAK GAIN WEIGHT SANGAT MASA PREGNANT'. ha-ha-ha-ha

boleh menangis bila-bila masa tanpa sebab yang kukuh. duduk sorang-sorang lalu bosan juga boleh menyebabkan dia menangis. owh. tak cukup makan juga boleh menyebabkan rasa nak menangis. boleh?

boleh tertekan dengan semua benda termasuk nyamuk ataupon sekali lagi, meja yang hari-hari berabuk.

mengalami sindrom malas bercakap dan mengaharapkan semua orang ade psychic power boleh baca semua yang saya fikir

dengan kata lain. bila dia pregnant dia bertukar jadi si selfish yang malas nak pikir orang lain dan sungguh ngada-ngada.

owh. dia juga tak update pasal 17 minggu pregnancy sebab dia rasa tada berubahan melainkan berat badan dan emosi yang makin menjadi-jadi.

hei pempuan mengandung, i cabar u tak emosi 2 minggu. ade berani?

dah raya malam ni!

yeah. akhirnya berjaya ganti puasa! 15 hari ok..sebenarnya kan i tak ingat berape hari i tinggal. but die sangat benyak lebih dari 10 hari. sebab masa tu asyik period jer sampai tak reti nak kira. tapi tak sampai la 15 hari. campur-tolak-bahagi-darab, ganti je lah 15 hari.

hazabnya nak ganti 15 hari.

no celebration eh? jelesnya kat along. sebab kak indah belanja dia makan masa dia raya puasa ganti. dan gambar food itu sangat lah mengiurkan. ape yang saya makan untuk meraikan raya puasa ganti saya?

homemade bihun goreng yang saya tak tahu pon rasa ape. i puasa remember?

kalau masin yang tak boleh tolerate akan masuk tong sampah. if tawar boleh campo sos cili.

sedih sungguh. tapi terlalu malas nak masak. and terlalu malas nak suruh ajak husband makan luar. i lagi suka kalau die offer. bukan i yang mintak (BUNYI MACAM HINT KAT SINI)

ok lah. mahu bukan puasa dengan bihun yang tak sure rasa ape.

selamat beramal malam ni.

love u

Sunday, 25 July 2010

weekend

weekend saya sama jer ngan weekdays kecuali kedatangan seorang kakak dan seorang adik yang membawa keriangan.

akan update aktiviti adik beradik, tapi bukan sekarang. hari ni puasa. harus lah simpan energy untuk bertahan sampai petang sebab tak sahur.

i tak tahu ni akibat hormon ataupon memang perangai buruk sendiri yang tak reti nak kawal emosi. tapi sekarang saya rasa nak bercuti lagi. haih.

sesungguhnya saya tak sabar nak beranak and nak buat perkara yang saya perlu buat.

rasa macam nak tendang orang.

Thursday, 22 July 2010

aktiviti hari ni

6.30: bangun
6.50: buat air milo untuk husband. prepare breakfast untuk diri sendiri
7.00: mengadap lappy. blog. blog. blog. fb. blog. bace paper. blog.blog.blog
10.30: bangun tido. (tak tahu kul berapa tertido)
10.35: gayut ngan awoh
11.00: blog. blog. blog. sambung baca paper. intai fb suami. tak de aktiviti. buzy ke?
12.00: makan lagi dan lagi.
12.19: tekan new post

mana janji manis mu nak kemas bilik stor?

baik. sekarang!

berleter

biasa suami isteri ni sifat dia contra. sorang pengemas, sorang penyepah. sorang buat keja cepat, sorang buat kerja lambat, sorang senyap sorang peramah.

i tak de lah senyap sangat, tapi tak seramah husband yang boleh cakap dengan sapa-sapa jer macam dah 10 tahun jumpa. i kalau dah kenal rapat tu boleh la cakap banyak sikit. kalau tak tak tahu nak cakap ape. dia ngan guard pon boleh jadi kawan bercakap kalau dia bosan.

kalau singgah mana-mana masjid, sementara tunggu i siap semayang (maklumlah perempuan bersiap lama la sikit kan) bila i keluar, i tengok dia dah interview pak imam masjid dah. siap dah tahu kampung kat mana segala. isk.

dan sikap peramah dia kalau kat rumah dah bertukar jadi benda lain. berleter. kalau kat rumah dulu, i ni jenis suka berleter kat adik-adik. so kakak i cakap bila kawin habis lah husband saya kene leter. sekali tak. i kalah. tapi dengan anak nanti tak tahu lah.

contoh situasi: isteri lupa nak tutup lampu bilik.

" yang, u ni bila nak lekat? lepas keluar bilik tutup la lampu. ke ade orang lagi dlam bilik. bla bla bla. electrik bla bla bla. "

" loh, tolong la tutup. bukan susah"

"sambung bebel lagi"

"yelah. yelah. i lupe. isk u ni. kalau u perempuan macammane? lelaki pon dah kuat bebel"

" kalau i perempuan i pregnant, i ade breast, bila i pregnant breast i besar, jerawat i naik banyak, perut i buncit, vontot i besar"

huh! i tahu dia tengah describe sape.

selamat hari jumaat

betul lah orang cakap bila masuk 2nd trimester cepat pulak masa berlalu. esok dah 17 minggu. semalam perut menegang lagi. mak and mak sedara cakap tu maknanya baby dah nak menendang. memang rasa macam angin. ape ek istilah dia. lupa. 'cemuh'?

tapi bila menegang macam tu sungguh tak selesa. senak semacam. nak berak, nak kentut, nak sedawa bersatu. tapi macam tersekat. tergolek-golek sampai bunyi alarm. tapi malas nak bangun. suami kejut subuh baru bangun tu pon tak selesa lagi. semetara tunggu husband mandi nak semayang sesama, mengaji selai dua terus tak tegang. macam beransur-ansur pulih. woh. macam magic!

i rasa baby nak kejut suruh bangun subuh awal sebenarnya.

masa dalam toilet pagi tadi terpikir, kalau perut tegang macam ni pon rasa macam dah sakit, camno beranak nanti. ayark. tiba-tiba ngeri. tak nak pikir lagi.

mari melayan dinner semalam. simple sahaja. sebab idea nak masak hilang. last-last ni jer terhasil.

daging kicap.

nasi goreng cina suami

nasi i macam biasa special sikit.

selamat hari jumaat. hari ni ade misi. nak mengemas stor. tapi mata ade ciri-ciri nak mengantuk pulak. huhu. pagi tadi bangun awai.=p

Wednesday, 21 July 2010

maggi tomyam berapi extra hot!

nyummm!!

makin kita nak jaga makan makin membuak-buak pulak nafsu makan. dulu masa tak pregnant tak teringin pon nak makan maggi ni. bila pregnant selalu jer terbayang-bayang maggi. perisa tomyam makan sampai berpeluh-peluh.

memang hot! berasap-asap=p

close up sikit


hei. ni bukan segera tau. i masak sendiri itu tomyam. maggi tu maggi kosong jenama cintan. hehe.

boleh tambah bahan sesuka hati. extra hot, extra masam. saya suka!

ok bie, u boleh relax dah. i bukan makan maggi segera lah! anak u selamat lagi. rumah kita mana ade stock maggi tomyam. dan i tak rajin nak drive g giant ke 7e ke semata-mata nak beli maggi.

dear husband,

i pernah cakap tak yang i suka giler rumah ni? owh. i rasa dah banyak kali sampai orang lain dah naik muak. heheh. tapi i nak cakap sekali lagi dalam entry ni, dan mungkin bekali-kali lagi lain kali di entry lain.

bie, i suka giler rumah ni!

pertamanya kerana, sejak dok rumah ni, u balik kerja awal dan pergi kerja tak awal sangat. and muka u tak stress bila balik kerja. nak pergi kerja pon senyum jer sebab tak rushing.

sampai kadang-kadang u balik masa i tak siap masak masak pon lagi. i pulak yang rasa bersalah sebab tak siap masak lagi walaupon u kata 'ok jer i tak lapar sangat lagi'

keduanya sini banyak bunyi. walaupon mungkin orang lain akan kata sini bising lagi kalau weekdays sebab ade lagi rumah yang tengah renovate, i ok jer. sebab i menghargai bunyi-bunyi yang manusia buat ni. sebab country height tu serius sunyi giler!

i dok seharian ni setakat ni tak bosan lagi lah. sampai kadang-kadang cepat sangat pulak i rasa masa berlalu. tengok-tengok dah petang (padahalnye banyak tido. sedar-sedar dah petang) sampai tak siap-siap lagi i unpack barang.


pasal barang-barang dalam rumah tayah lah nak beli sekali gus. nanti tak makan nasi kita. makan perabot nanti kang. kita beli ikut turutan yang paling penting. pastu benda deko-deko tu beli sikit-sikit lah.

sekarang ni benda paling penting adalah langsir. i faham u tak terkejar nak buat semua benda. kalau boleh kita cuba dapatkan weekend ni ok? kalau tak sempat lain kali.

sebab walaupon tak de langsir ruang tamu ni redup jer. tak de masalah. masalah utama adalah bilik kita. kalau siang pencahayaan kuat sangat. i pulak kalau nak tido jer cari bilik. tido depan tv tak best. so agak panas lah nak tido dalam bilik kalau siang-siang. ke solution sementara adalah jangan tido siang? hehe

hal deco-deco ni, frame gambar semua tu i rasa tunggu lah dulu. lagi pon xde ape pon lagi kita nak letak dalam frame. kita buat ikut plan ok. floor lamp yang u nak tu ok jugak. i setuju jer. cantik jugak kalau letak kat situ.

tapi cermin dan rak-rak kat tv tu i nak. kalau boleh, lepas beli benda yang penting-penting, i nak cermin dulu. lepas tu floor lamp. lepas tu rak. ok tak?

tapi i tak sure satu benda. i tak tahu lah yang ni pernah ade dalam plan kita ke tak. ke u plan sorang-sorang?

kat tepi tv ni

ngan tepi rak tv ni

erm. perlu ke shuttlecock ngan racket badminton tu dok kat situ?

i tahu lah u semangat boleh bersenam balik. dah la u badminton antara game faveret u kan, i pon tumpang excited u bersenam balik. tapi kan. i rase tak payah la tayang kat situ sampai sapa-sapa datang boleh nampak racket ni dulu.

stor rumah kita dah penuh sangat yer bie? i rasa tak penuh lagi tu. cumanya barang tak tersusun. bersepah-sepah lagi. nanti petang ni ke i kemas ok? kalau pon stor tu dah penuh sangat, rumah kita ade lagi dua bilik tak guna bie. dalam bilik tido memang i campak ke luar lah kalau u letak dalam bilik tido.

ke u nak i tampal notice, sila letak di tempat yang sepatutnya?

sehari lagi

puasa ganti tinggal sehari lagi. sebab tinggal sehari lagi la liat sangat sangat sangat nak puasa. alasan? tak bangun sahur.

semalam alarm nak bersahur. tapi sedar-sedar dah pukul 6 lebih dan bila cari phone tengok-tengok dok kat belah husband. maknanya dia bangun tutup alarm tak kejut i. so semalam bukan salah i lah. pagi tadi i sedar jer pukul 4.30 pagi. tapi malas nak bangun. muahaha.

pastu bila bangun pagi merungut tak bangun sahur.bila pagi baru menyesal tak bangun sahur. haish. isnin ni wajib puasa!

sejak dua menjak ni husband mengamalkan cara hidup sehat. dia dah start bersenam balik. 2-3 minggu lepas dia main badminton ngan budak ofis dia. semalam dia main badminton ngan kawan-kawan dia. nak mengetest dewan badminton kat kinrara mas ni. i nak ikut mula-mula sebab i tak pernah pergi lagi kat blok B. haha. jalan sorang-sorang malas lah.

bagus lah dia bersenam balik. lepas i beranak nanti kita gilir-gilir jaga anak ok. masa u main badminton i stay kat umah jaga anak. malam-malam lain u stay kat umah. i pulak nak bersenam. heheh. mari verangan!

Tuesday, 20 July 2010

angin

sekarang ni asal nampak perut aku jer husband tanya bila baby nak menendang. dah la perut memang sentiasa nampak di mata kan. penat nak menjawab.

"next week kut"

"entah la, ramai cakap minggu ke 17 tapi kalau makin tebal lemak makin lambat"

"i tok tahu lah bie, cu u oyat lah ko baby soh dia tendang cepat-cepat sikit"

ayat last tu kalau dah bosan nak menjawab. hehe

semalam aku tido awal. tersedar pukul 3 sebab perut menegang sangat. rasa macam belon nak meletup. sakit jugak lah sebab tengang sangat.

hampir sejam golek-golek baru hilang. i rasa angin. sebab lepas *ehem* 2,3 kali dia dah tak tegang. boleh tido dengan lena balik lepas tu.=p

sebenarnya selalu jugak rasa macam ni, tapi semalam paling teruk kut sampai rasa sakit sebab dia tegang sangat. kalau masa tak tido selalu jugak mengadu kat husband, rasa macam angin. nanti dia akan cakap,

" cucuk la jarum biar keluar angin tu"

yeah. dia sangat membantu dalam bab-bab ni. u ingat perut i ni belon?

semalam angin maybe sebab saya nak sangat bercuti/ makan angin kan. nah amik angin banyak-banyak sampai senak perut.

-____-"

bila hatinya senang=)

holla~

muka perempuan mengandung ni berseri-seri hari ni. lepas dapat suntikan semangat from her husband dia dah ok. nak bercuti lagi? nahhh. tunggu dia meroyan lagi baru bercakap pasal cuti. tapi sebenarnya perempuan ni tak de lah mengada-ngada sangat. cuma perlu constantly berikan kasih sayang maka ok lah mood dia. if tak cukup kasih dia akan meroyan. haha. ok. kita tengok berapa hari dia mampu menahan diri dari meroyan.

ok. cukup sesi merapu. sebab mood dia baik. dia bangun pagi jer terus masak untuk diri sendiri. bagus untuk untuk dia dan baby. kalau tak dia ni main taram jer makan ape-ape pon di siang hari. asal kenyang adalah konsepnya.

bahan masakan

senang hati breakfast sambil ber-blog hopping. portion adalah sangat besar. mungkin dah tak perlu lunch.

iyo lah tu. jangan percayakan perempuan ni.

makanan dinner semalam

ni makanan dia dengan suami dia semalam. dia masak ke? mestilah die masak. buat masa sekarang tiada bibik. eh. kalau pon berbibik, masak tetap kerja aku. kang tak pasal-pasal husband sayang bibik lebih.

ikan bilis masak lemak kuning

ikan bilis ni bukan ikan bilis cinoet yang kering tu. ni ikan bilis category bapak-bapak bilis gamaknya. walaupon begitu kalau dah nama nya bilis, memang lah saiz nya bilis jugak. suami dia asal nampak ikan bilis saiz bapak bilis jer terus nak masak lemak kuning. masak lain tak best ke bang? eh. bila pulak perempuan ni panggil husband dia abang.

digandingkan dengan kangkung masak belacan. saja perempuan ni nak tanggung risiko makan belacan. dah alang-alang sejak pregnant ni hidung mengembang, makan je lah belacan biar resdung hidung lagi kembang. eh tapi elok pulak hidung tak buat hal semalam. bagus. bagus.

pot luck + surprise birhday partey

ni cerita ahad lepas. aisha ngan zac call cakap nak datang lepak dan juga nak swim. so i assume dieorang memang datang macam biasalah, datang makan-makan golek-golek depan tv. biasanya makan jer ape yang ado. tapi kali ni aisha request nak mee goreng tapi i terlalu malas sebenarnya nak masak so i buat spaghetti jer. pastu dia pesan masak lebih-lebih sikit sebab maybe lagi 2-3 orang lagi join sekali. bila i tanya sape. dia cakap 'budak-budak ni jer'. and tak nak cakap siapa. huhuhu. tapi i kene lah tahu laki ke perempuan sebab kalo lelaki kene lah berpakaian sopan. tapi sebab seme perempuan jadi nak pakai costume kat rumah pon tak dak hal.

janji pagi yer. tapi i dah agak dah budak-budak ni kalo pagi tu pukul berapa. so i tak start masak lagi pagi tu. breakfast goreng-goreng jer dengan husband. pukul 1030 hazirah sampai. bawak nasi lemak. sejam lebih lepas twins sampai. bawak air. then dieorang sebut pasal pot luck. owh. aku tengah buat pot luck party ke ni. APEHAL TUAN RUMAH TAK TAHU DIE SEDANG BUAT POT LUCK PARTY KAT RUMAH SENDIRI??!. bertuah punya kawan-kawan.

tak sampai sejam lepas tu azhani, aisha ngan ieyza call dieorang cakap lambat. kene tunggu pizza 15 minit. haha. lewat nye berjam-jam, tapi pizza yang kene tunggu 15 minit tu jugak yang salah.=p

dengar kecoh-kecoh kat luar rumah dah tahu dieorang dah sampai.

"magh, surprise! we ol bawak birthday cake u"

=) sweet tak kawan-kawan i? haha

lepas 24 tahun, ni first time i tiup lilin birthday cake tau. kesian kan? haha

owh. sebab ade sesi tiup lilin dan potong kek segala terpaksa lah salin pakai baju senonoh sikit.

foods: pizza, nasi lemak, spaghetti, air orange ngan mango

naseb baek kerusi nya lapan, so cukup-cukup campo ngan husband. ni tak cukup korum. kalo cukup kene ade yang bersila jugak nampaknye. gambar husband tiada sebab dia cameraman berjaya. haha

percahayaan lebih tanpa kena pergi beli langsir cepat-cepat.

sebenarnya ni first time i celebrate birthday ngan kawan-kawan. sebab birthday i selalu masa cuti sem. huhu. masa belajar celebrate birthday adalah aktiviti wajib. main simbah-simpah, buih-buih, tepung-tepung, bising-bising sampai orang jeling adalah perkara biasa.

kepada yang tak datang, korang memang sentiasa dirindui.huhu

saya sayang kamu-kamu bukan sebab birthday cake ni tau. tapi memang dah lama sayang. haha

bila boleh jumpa lagi agak-agak? masa aliah nak fly gamoknye.

dear husband,

jiwa i tak tenang.

i rasa i perlukan percutian la. cuba u ingat balik bila last i keluar kl?

masa i pregnant 6 minggu. dah lama i stuck dalam tempat yang buzy bergerak tapi i tak bergerak pon.

ape kata kita bercuti tenangkan fikiran. boleh?


*mungkin ni jawapan dia*

dear wife,

ape kata u masuk bilik, pastu u masuk lagi bilik kecik dalam bilik tu. u nampak sink kan? ape kata u bukak paip amik air semayang, pergi semayang pastu mengaji sikit. mungkin u akan tenang lepas tu.

Monday, 19 July 2010

blog bosan

i banyak sangat benda nak cerita.

banyak gambar nak di tempek.

tapi kalau jiwa tak tenang tak boleh nak merapu disini.

nanti ade orang terasa then makin parah

kamu semua update lah blog banyak-banyak sikit. nak pegi baca tenang kan pikiran.

kalo ade something yang kita tak puas hati tapi kita tak boleh luahkan ape kita nak buat?

macam ni luah mati mak. ditelan mati bapak. kemam aku yang mati.

kak ena, pinjam ayat boleh?

jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti.... (ngan titik-titik sekali farah pinjam ok?)

tapi impossible sangat kau nak jadi aku. so kau tak akan mengerti.

saya rasa saya perlahan-lahan mati.

hati saya perlahan-lahan membeku.

lama-lama saya jadi perempuan tak de perasaan

plastik tak de jiwa.

yang hidup sebab nak orang gembira

aku?

jumpa lagi bila mood dah ok.

pukul 12.57

malam or pagi?

sedang mengadap semangkuk sambal ketang + tauhu lebihan dinner petang tadi. dengan 4 keping roti.

sebelah mangkuk yang di hadap adalah piring yang telah kosong, sejam setengah yang lalu piring berisi sepotong cheese cake dan sebijik buah kiwi.

hurrmmm

makhluk berbulu

saya tak cerita lagi saya dalam perjuangan 9 bulan mencari buah. hehe. target i sepanjang pregnant ni nak makan 40 jenis buah. motif? saja gedik. tapi bagus pelbagaikan buah yang kita makan.

makhluk yang berbulu adalah sangat nyum nyum. gahaha

so semalam giliran makhluk berbulu masam manis idaman kalbu. bagi kategori buah kiwi buah ni dah dalam category manis lah.

dinner semalam masak aglio e olio with prawn je. spaghetti lebih petang semalam, salah bajet kuah, so spaghetti lebih. malam nya goreng-goreng saja. biasa guna cili kering hiris-hiris. kali ni guna chili flakes domino. lagi sedap sebab chili lagi terasa.
suami punya.

i punya mesti lah mushroom lebih

popia goreng minyak lebih siap~

weekend hari tu buat popia. tapi entah lah mana silapnya, berminyak lebih. siap kena perah2 lagi dengan tissu masa makan. petang ni nak buat lagi untuk bukak puasa.

Sunday, 18 July 2010

kejap-kejap

baru bangun tido. bangun-bangun ade 8 new messages. ingatkan ade emergency ke ape. sekali semua message request upload gambar. sabor-sabor. mak cik puasa ari tok. mun bangun awal, awal la deria lapar berfungsi.

untuk tatapan kawan-kawan, i bagi seketul gambar. nanti cerita panjang-panjang.
sekarang mahu mengupload gambar, mengemail gambar kepada yang berkenaan.

hei, saya salah tentang umur 24 yang tiada ong itu. saya suka!

zara dah umur setahun

sebelum pergi rumah edy, kiteorang singgah mid valley dulu nak beli hadiah. orang kat mid masa weekend seperti biasalah. super ramai nak cari parking pon susah. dah la jusco tengah sale. lagi lah berganda-ganda ramai.

kiteorang ade masa 2 jam jer nak cari semua barang kat mid ni. (2 jam tu adalah termasuk masa cari parking) mana cukup! jadi nya kene buat yang paling penting.

mula-mula cari hadiah. banyak sale. mahal nye dress kanak-kanak ni! ouh baby. tolong lah kamu boy. tayah pakai dress. sebab dress cantik-cantik semua mahal. haha

lepas buat benda yang kedua penting. isi perut. (walaupon lepas ni nak pergi tempat makan-makan) ngehehe. mana boleh masuk jj mid tak makan asam laksa. tak lengkap hidup. masuk-masuk jer dah terbau-bau. kalau tak makan nanti balik kempunan.

aktiviti buang nenas bagi kat suami

masa orang amik gambar dok diam-diam boleh?

yang ke tiga sebab ade masa lagi pergi cari cadar. cadar lama dah tak boleh guna. rumah lama dulu saiz king tapi tilam 8 inci. sekarang 16 inci jadi nya cadar tu muat-muat jer sampai bawah. tak cover habis. seksi! bangun pagi jer mesti cadar dah bertukar jadi selimut. hehe. yang terhina nye, belah suami maintain jer tak tercabut, belah i jer yang terselak-selak. bukan i tido buas, tapi husband i sabotaj i malam-malam. i rasa lah. sebab mana logik perempuan tido lagi tak senonoh dari lelaki kan? kan? kan? =p

best jugak lah shopping musim sale ni (kalau banyak duit). sebab murah. mattress protector akemi punya RM 40 lebih jer. (tak sure lebih tu berapa, sindrom bukan aku yang bayar so aku tak ingat. tapi tak lebih 50 la)rasa macam nak beli sampai 10 jer. dulu kiteorang beli jenama jean perry ke ape ntah masa tu tengah sale jugak, tapi harga RM68.

cadar biasa-biasa jer harga dia. tak de lah murah sangat. tak banyak pilihan sangat sebab kiteorang cari cadar plain. nak ala-ala hotel la konon nya. ade jer warna putih, tapi bila pikir takut cepat sangat kotor. beli warna cream. pakai warna cream plain ni rasa macam ala-ala pengantin baru jer. ngehehe.

sebab proses mencari cadar plain ni sedikit memakan masa, dah kesuntukan masa i nak pergi cari baju selai dua. baju-baju semua mengecut. jadi bila dah pilih cadar yang berkenan suami suruh cari baju biar dia buat bil dan beratur bayar. akibat nak cepat konon nya, kiteorang beli quilt cover TAPI quilt nya lupa nak beli. so ape yang nak di cover? pandai sungguh. jadi pasang je lah cadar. guna selimut lain dulu. tak jadi nak feeling-feeling pengantin baru pakai set cadar kaler cream. cess.=p

dan i yang turun cari baju ni juga tak beli pong baju sebab orang ngetes baju adalah super ramai. dan beratur nak bayar pon super-duper ramai. masa kesuntukan jadi letak balik baju yang dipilih. rasa macam yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran jer. T_T

pengajaran: kalau rasa tak sempat tu tak payah lah berangan nak buat semua benda.

masa tu dah pukul 4.45, party zara start kul 4 sebenarnya. hehe. memandangkan dah lewat lain kali lah sambung hasrat membeli belah lagi. sale lama lagi.

kiteorang ingat antara tetamu yang lambat sampai dah. hehe. sekali dalam geng suami kiteorang paling awal (gebas-gebas hidung). sempat lah tengok zara potong kek dan makan 2-3 round! hehe. sampai-sampai jer nampak lontong. lama giler tak makan lontong. terus zasss terkam lontong dulu.

zara satu malaysia tahun.

dalam entry INI, kiteorang pergi tengok zara. masa tu dia baru lahir. lahir sehari lepas birthday i. huhu. sekarang dah umur setahun. rasa macam cepat nya kanak-kanak membesar. haha. apesal aku nak emosi lebih?


zara ngan mommy dia.

milie pregnant lagi. dah 2 bulan lebih. huhu. setiap kali jumpa geng suami ade jer orang berita sapa-sapa pregnant. semua tengah berlumba-lumba tambah anak. husband i jer jalan belenggang tak heret anak lagi. gahaha. sabar bie yer. baby on the way.

arissa ngan sufi, anak farah ngan seroh.

kanak-kanak heroin jer ade kali ni. hero-hero tak datang.

balik dari party zara, perut membuncit dua kali ganda sebab mula-mula makan lontong ngan nasi himpit kuah kacang. pastu makan bihun dua pinggan. bihun tu sedap dan pedas. i mana boleh jumpa makanan pedas-pedas ni. terus hilang deria kenyang. asyik nak menambah jer. naseb baik terbayang-bayang muka dr seri. jadi terpaksa berhenti makan.

husband i macam biasalah, kalau jumpa benda yang dia suka dia memang tah tak try benda lain dah. makan bertambah-tambah, tapi tak try food lain. makan nasi himpit jer. lama bebeno dah dia mengidam nasi himpit kuah kacang. tapi wife dia malas.

eh. panjang nya entry ni.