*bukan ditujukan kepada siapa-siapa..hanya mau merepek*
terjebak dengan dunia blog ni boleh mendatangkan bahaya. boleh buat kita rasa kurang bersyukur. asyik tengok kehidupan orang yang best jer.
boleh jugak memupuk perangai yang busuk bila suka meninggalkan komen yang busuk di blog orang yang korang rasa busuk. aish.tak bagus. tak bagus. kalau rasa busuk ke, hanyir ke, close la window..hehe idok ke senang jer teknologi manusia cipta ni
bagi i sendiri, rase jugak jelesnye kalau tengok orang shopping sampai berbelas ribu sekali shopping kan. i nak masuk toilet pon mintak duit suami. tapi i tak rasa loser pon
sebab bagi i dalam blog ni mesti la kita letak benda yang best-best jer. takkan la keburukan diri sendiri pon nak cerita kan.
ade korang terbaca cerita orang pergi tido hotel, malam sebelum tu suaminya dah beria ajar cara nak bukak pintu. tapi dia bodoh sombong pandang sebelah mata jer. padahnya esok bila pulang dari breakfast die tak boleh bukak pintu. suaminya dah keluar bekerja. terpaksa panggil orang tolong ajar bukakan pintu. ade pernah terbaca cerita macam ni?
takdenye orang nak cerita bende memalukan diri sendiri begitu.
so kalau saya jeles kat orang (i la orang laen lantak kamu la) saya akan pikir dia mesti ada kekurangan jugak. takkan la hidup die sempurna sangat. jadi saya pon jadi kurang jeles.
perasaan hasad dengki boleh merosakkan hubungan tau.
nak tau satu kisah benar?
saya ada kawan yang cantek yang saya rapat dari mrsm. di mrsm tido sekatil lagi. dan kami sama-sama masuk utp.
di utp die die sangat glamer menjadi perhatian jejaka-jejaka. mungkin terdorong oleh perasaan hasad dengki, i jadi menyampah dengan dia. i rasa dia ni melayan semua orang sedangkan dia ada boyfriend. so i pon jadi tak baek ngan die masa tu. (bila pikir balik ape hak saya nak menyampah? saya bukan kakak ipar die)
sebenarnya masa tu dia terputus hubungan ke ade masalah ape ntah nga boyfriend die. tapi saya tak tahu sebab tak rapat. saya menjauhkan diri sebab manyampah. saya memang macam ni. kalau saya tak suka saya ignore je.
sampai la saya ada masalah. dia lah yang beria-ria membantu and bagi sokongan padu lagi. lepas tu saya sedar. buruk sungguh perangai saya. dan lepas tu saya ngan dia rapat balik. kembali seperti dahulu.
dan bila kita rapat baru la kita tahu. jadi orang cantik ni takdelah sentiasa bahagia. jadi kita kurang la jelesnya dan mula bersyukur dengan apa yang kita ada.
jadi moral of the story, kalau jeles sangat ngan orang tu sila berfikiran waras. kenali dia maka anda rasa tak jeles sangat.
nanti anda menyesal. saya bernaseb baek kerana saya berpeluang untuk sedar. kalu tak saya dah hilang seorang sahabat yang indah. kamu-kamu boleh belajar dari kesilapan saya. tayah la menyesal baru nak sedar kan. boleh belajar dari kesilapan orang laen jugak.
untuk orang yang dijelesi (perkataan baru untuk dicemburui). kasi kentut sama itu orang. takyah la nak pikir sangat. nanti pandai-pandai la die nak menyedarkan diri.
so, ade sapa-sapa nak kenal saya? hahaha..saya takde ape-ape yang special dalam hidup saya. tidak ade yang perlu didengkikan. hanya ada en.suami, family and kawan yang indah. sudah cukup bagi saya setakat ini. peace, say no to war~