Thursday, 19 September 2013

allah ade kan

 assalamualaikum...

harini bukan nak rebel. hanya berkungsi cerita dan rasa.

 sebagai suri rumah memang menjadi target orang la nak suruh buat bisness kan. orang pm kat face book. wa. cakap luar bila jumpa depan-depan. ramai concern. bagus. ramai yang sayang. hehe. bukan orang luar sahaja, family terdekat juga.

"sebagai suri rumah, walaupon husband boleh sediakan semua, kene jugak fikir untuk masa depan. kita tak tahu masa depan macam mana"

" kalau ade duit sendiri senang. nak shopping pon senang"

" kalau ade duit sendiri, nak bagi duit kat mak ayah senang. susah -susah dieorang besarkan kita. boleh hulur banyak sikit"

dan macam-macam lagi.

dieorang ingat tuan badan takde ke terpikir macam tu. takyah cakap ler. tuan badan pon selalu jugak terpikir.

yang no 1 tu la paling selalu orang cakap. macammmmm lah husband yang bagi kita makan kan. maksud saya, memang la husband yang hulur duit tu. tapi semua tu dari allah kan? selama-selama-selama ni, rezeki ni semua allah yang bagi. so lepas-lepas ni macam tu jugak lah. cuma banyak sikit, susah senang tu kita tak tahu la kan. tak pe sampai masa kita pikir.

macam sekarang, husband tak dak. so tak boleh la nak keluar jalan-jalan sebab mak tak reti drive. 2-3 bulan sebelum ni, dia hantar along. sekarang along dah masuk rumah dia sendiri dah. so dia hantar orang lain plak.
 hantar cik hani pulok

 food cikhani yang maryam makan habis separuh

sherperd  pie ummi


 mac n cheese maryam


 olo orang makan sedap kita kene makan bubur labu ikan bilis je. 

 tapi takpelah, ummi masak mesti sedap nyelah

 ala, tapi terliur yang kakak punya jugakkkk
















kan kan kan...

dah memang rezeki budak-budak ni nak keluar jalan-jalan ngan makan kat dave's deli. kalau hari biasa-biasa walid yang bawak kami keluar, walid takde, orang lain la yang bawak keluar.

semalam maryam boleh swim kat bawah. i tak pernah bawak turun maryam swim. memang kerja walid. semalam ade jiran baik hati nak tolong jagakan maryam swim. jadi adelah rezeki maryam nak swim walaupon walid tak de.

berbalik kepada bisnes. bukan tak nak buat. ade jugak keinginan. bukan sekarang lah. mana tahu esok, ke, lusa ke. kita tak tahu kan. sekarang ni, tak dak bisness pon rumah sepah ni. anak comot makan tadi tak mandikan lagi. omaknya sedap je update blog ni. rumah sepah poning kepala mak. ngan husband nak balik malam ni, esok mertua nak datang. lipas kudung la mak lepas ni mengemas.

tapi bukan lah semua orang mcm ni. ade je orang berbisness, still mampu jaga anak-anak, kemas rumah, jaga suami, masak. bukan mak lah.

kita tahu kemampuan kita setakat mana. kejap lagi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

dengan itu. babai. nak pergi kemas rumah. menyambut kepulangan tok laki malam ni.


si toncet ngan si tocang
















maryam dulu susah nak ikat rambut dia. bila kita nak ikat dia cakap sakit. maka ummi tak sampai hati nak ikat. sekarang ummi toncetkan rambut adik nak pulak dia ikat. tak sakit la pulak kan.

Wednesday, 18 September 2013

masuk gear 1

assalamualaikum....

wahh..merujuk kepada entry sebelum ni, alhamdulillah. masih ade yang rindu. hehehe terima kasih  kawan-kawan. anak-anak dah tidur, perut mak kelaparan. so kita menaip sambil minum ayaq milo bersama oat.

kesihatan diri 2-3 hari ni tak begitu mengizinkan. lepas satu-satu. mak cik ni umur ja muda ha. macam orang tua dah badan ni haaa. alhamdulillah. semoga kurang la sedikit dosa yang menimbun ini. ade hikmah nya sakit ni. tapi sebab terlalu awal, hikmah tu lain hari kita cerita. bukan pregnant ya. (spekulasi ini memang selalu timbul. baik mak tamatkan awal-awal sebelum dia bermula)
 
nak jaga budak-budak ni, badan kene la sihat dan kuat sentiasa. emosi pon kene sihat. badan tak sihat, dok terperuk dalam rumah buat i makin tak sihat. mari lah kita turun berjalan-jalan anak. ambik udara segar sedikit (walaupon sebenarnya udara tercemar) ummi nak tengok orang selain kamu-kamu.

fateemah yang happy sokmo. 

sebab masa kecik dia asyik tidooooo je, sekarang susah sangat nak tido dia. nap pon macam kene paksa. nak mengintai je kakak dia buat ape. 

sambil suap anak-anak dinner. tukar persekitaran.

 maryam yang sibuk nak berkawan. orang tak nak kawan dengan dia pon. hahaha

kesian. =P



last-last kene tinggal main sorang-sorang. 

naseb baiklah senang ajak naik. malas turun bawah ni sebab nanti bila nak balik berdrama. tak nak balik. hari ni senang palk pujuk. kalau tak jenuh lah nak kene dukung dua-dua orang.

maryam memang tak makan saman. kalau dia nak tu cakap la camane , pujuk camane pon. dia naaakkk jugak. susah nak alih perhatian dia ke benda lain. tapi i perasan dua , tiga hari ni. eh bukan dua-tiga hari la, seminggu dua ni dia semakin senang dipujuk. dah besar dah kut kan. nak masuk 3 tahun dah maryam ni. kalau ade rezeki tahun depan boleh sekolah dah. tapi pakai lampin lagi. hehehe. camano ni kakak?

Tuesday, 17 September 2013

bismillahirrahmanirrahimmm.....

 assalamualaikum....

sangatlah berharap dapat kembali update blog, aktiviti harian, perkembangan anak-anak macam zaman dahulu kala. tapi mood tak dok.

rugi. sebab nanti memori tu tak ade tertulis. dengan urat-urat yang banyak terputus ni cepat sangat lahai lupanya. masak bubur anak pon sokmo hangit. -___-"








so saya harap. dengan bermula dari hari ini. saya rajin kembali lah.


Tuesday, 27 August 2013

mood baik.

assalamualaikum....

sekarang ni dah kurang orang update blog kan. semua dah berpaling tadah ke arah instagram dah. belek-belek blog list dah tak de hiburan. so biar mak jelah yang update blog. sebab hari ni mood baik. esok husband kembali ke pangkal jalan insyaallah. so hari ni buzy lah sedikit menyinarkan rumah. ade hikmah lah berjauhan lebih lama dari biasa ni. semangat rasa nak jumpa suami. macam baru-baru kahwin kekdahnya. hahaha dengan syarat nak balik tu cakap lah kan. boleh siapkan rumah siapkan badan. kalau tiba-tiba sampai depan rumah, kene terima lah ape adanya. =P

ni gambar-gambar masa nak hantar husband balik ke kk masa dia balik bulan puasa itu hari. singgah bukak puasa kat beriani gam batu pahat kat seri kembangan. i tak suka sangat nasi beriani ni. sebab muak. tapi nasi beriani ni ok la ditekak i, tak muak.

budak yang terliur lebih. tapi tak boleh lagi nak makan. kesiannnn

 kakak manja walid

 suka kan?

 along ikut la kan, kalau tak sape nak drive balik? hehehe

rayyan orang makan nasi, dia makan papadom jer 


 bgi kurma, so dia dok gigit-gigit kurm je

first time buat lompat tikam. khas untuk suami sebab kegemaran dia. tapi tepung hijau lembik sikit. kene improve lagi


ok. bye!
kene mengemas ape yang patut. insyaallah kalau ade yang menarik mak update lagi. assalamualaikum.