Monday 16 July 2012

creamy orange sauce dan arjuna




fynn jamal bukan siapa-siapa pon dalam hidup mak. suka dengar lagu dia jer. syahdu bila dengar lagu ni. lagu jiwa mak-mak. bila tahu pasal anak dia lagi la sedih.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu.

nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung.

kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.

kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.

panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.

nur affina yanti binti jamalludin
maybank
16481000899 terima kasih.
tapi buat masa sekarang tak boleh buat sebarang transaction ke account bank dia sebab bank dah bersihkan takut fraud account. so tak tahulah nak bagi bantuan camano.kene bagi direct kut. or nanti-nanti boleh. untuk maklumat lanjut boleh ke account fb dia sendiri. http://www.facebook.com/FynnJamalMusic

 grilled salmon with creamy orange sauce

basic bechamel sauce jer. cuma biasa tambah cheese. ni boh perahan orange. 

1 ulas bawang putih (cincang)
sedikit bawang holland (cincang)
1 sudu teh unsalted butter
fresh milk 
1 sudu teh tepung atta
perahan oren
mix herb

tumis bawang2 dengan unsalted butter sampai wangi. masukkan tepung. kacau sebati. masukkan susu. bila dah agak pekat masukkan perahan oren dan mix her. perahan oren ikut suka nak letak banyak mana. rasa sesedap rasa.

grilled salmon:

basuh salmon dengan perahan limau. perap dengan mix herb dan serbuk lada hitam. grilled diatas pan dengan sedikit unsalted butter sehingga masak.

makan dengan brown rice dan stir fried spinach

bayam tu tumis bawang merah sikit pastu masukkan bayam. simple zas zas siap~ =P


 with love from ummi

kekenyangan tido lepas makan sepinggan dan menyusu


" ngeri tak terbayang mata
  bonda takkan ada sentiasa
  nanti moga kau tak lupa
  bonda memujukmu, anakanda

  hiduplah arjuna beta
  biarkan jasad yang luka
  selama tuhanmu ada
  takkan engkau tercela"

-fynn jamal, arjuna.
 

2 comments:

  1. Tepung atta tu kat carrefour ade ke?

    ReplyDelete
  2. kebanyakan pasaraya ade dear..cari bahagian tepung..tepung orang buat capati

    ReplyDelete