Wednesday 12 January 2011

kebetulan?

wah..rajin pulak update blog hari ni. maryam asyik tido jer hari ni. bagun menyusu setengah jam then tido balik. tengahari tadi kene kejut nak suh menyusu. hurmm. ngantuk la tu. sape suruh malam tak tido wahai anok?

semalam saya merajuk. tapi merajuk sorang-sorang jelah. sebabnya tunggu husband online lambat sangat, 20 minit sebelum dia tido baru dia online. pukul 1037. kat sana dah 1137. kul 12 dah nak tido. mana cukup 20 minit! so dia call tak angkat and chat cakap nak tido pastu sign out skype. santek tak perangai bini?

i rasa tu sisa-sisa terakhir hormon pregnant kut(tak nak mengaku perangai sendiri, jadi salah kan hormon). hari ni rasa macam bodoh jer merajuk macam tu. dah la memang tahu takkan dipujuk. pastu diri sendiri jugak tak boleh cakap.

so, akibat mummy merajuk ngan maryam sekali tak boleh dengar suara daddy dia semalam.

sebagai tanda perotes tahu ape maryam buat?

sepanjang malam tak tido sangat. kene riba baru dia tido. tu pon tak nyenyak sangat. letak kat bawah jer menangis. ponat den!

i bukak zikir yang dia dengar masa dalam perut. selalu kalau i pasang die senyap jer. tapi semalam tak berkesan. dia still tak nak dok bawah. mahu beriba jugak. adei maryam. mummy ngantuk.

pastu dia macam mencari-cari something sambil tengok arah lappy.

ok. maryam sekarang dah boleh repond dengan bunyi. kalau dia pandang arah kiri, and saya kat kanan panggil dia mesti dia gerakkan kepala ke kanan. tapi mata still tak focus lagi. masih pandang entah mana-mana. tapi kalau masa riba dia or dekat ngan dia mata dia macam dah boleh focus. dah nampak tengok kita. kalau dekat-dekat dia dah boleh nampak kut. kuttt..

kalau malam-malam cakap ngan daddy die, dia akan senyap kejap mungkin tengah pikir suara sape tuh pastu baru lah tercari-cari, and pandang ke arah lappy. tapi semestinya dia tak nampak daddy dia kat screen. tapi biasanya dia akan pandang ke arah latop lah.ke arah sumber bunyi.

so semalam adakah dia rindu suara daddy die?

ke saja nak test kesabaran mummy?

test la maryam masa kecik-kecik and comel ni. maryam menangis pon mummy rasa comel.

so semalam sedikit rasa bersalah sebab tak bagi maryam cakap ngan daddy dia. huk huk.

malam ni ok maryam. malam ni.

Photobucket
yummilicious

Photobucket
jangan la amik gambar, malu la mummy~

Photobucket
muka stim dah nak ke lala land

Photobucket
mimpi senyum sampai nampak susu airliur basi

Photobucket
ni muka dia kalau die tengah focus dengar suara or tengok orang. muka kerut.

mak tok cakap,

" isk mummy maryam ni, tak habis-habis ambik gambar"

9 comments:

  1. padan muka sape suruh merajuk. hahahha..

    ReplyDelete
  2. merajuk tu standard la, dah namanya pompuan tapi u majuk, u yg rugi, cane tu.

    ReplyDelete
  3. merajuk tu standard la, dah namanya pompuan tapi u majuk, u yg rugi, cane tu.

    ReplyDelete
  4. dia memang dah nampak farah, cuma kena dalam jarak 10-15 cm cenggitu. yang jauh-jauh tu, dia nampak blur tu yang orang tua kata dia nampak macam2 kan. rasanya sebab dia takleh fokus je bukan hantu. dan memang dia leh cam suara dady dia sbb masa peknen dua suara je la yang dia dok dengar hari2, suara mummy dan suara daddy.

    Azra dulu pon macam ni la. Tak dapat nak beza malam atau siang. Huhu...cam zombi mama masa tu. Tapi bak kata awak, camner pon, tetap syomel.

    ReplyDelete
  5. owh! lupa nak tulis tadi. maryam boolat!!!

    ReplyDelete
  6. standard pompuan! hahahah biasa la tu yang oi..eh, u pantang kat mane?

    ReplyDelete
  7. nk cium maryam!nk cium maryam!

    ReplyDelete
  8. maryam pun rindu nk dgr suara daddy..

    ReplyDelete
  9. alaaa nak jumpa maryam..geram lak tegk baby ni...eeiii...hehe..kalau akak pakai broadband masa dlm pntg dl sure dh snap n tempek pic baby arif hari2 ..hehe..mlgnya msa tu belum ada internet..huhu..

    p/s arif pun dh ada baby baru, tp kt umah pengasuhnya..ibu pengasuh baru jaga baby lepas pantang..

    ReplyDelete