dah tak ingat mana copy article ni. ade kat draft so sempena hari jumaat saya publish untuk renungan bersama. (hari jumaat je ke nak insaf?)
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
adakah saya suka menyampuk?
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab.   Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan   menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki   meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan   anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya,   kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita   lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang  dan  bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf  dengan  isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
haih. ego. ego. ego. tapi saya akan cuba. akan cuba!  -____-"
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.   Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai  keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan   cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang   menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung   sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
ayyark..no komen!
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
hehe..kalau boleh hari-hari nak shave. dia tak bagi.=p bukan salah i.
5.  Jika dia berhajat  sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun  segera bila disuruh.  Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak  mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
biasanya akan cakap, " hei u lazy ass pergi amik sendiri boleh?"..tapi akhirnya pergi ambikkan jugak. tu kira melengahkan ke? jangan lah cepat sangat kecewa bie. i lagi kecewa semalam i mintak tolong u amik kan barang u malas nak gerakkan vontot. menyampah~
6. Hendaklah memasak   mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka   makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk   asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati.   Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung  hingga hancur kerana meradangkan sikap  suami yang mahu lauk tersebut  dimasak mengikut seleranya sedangkan  isteri tidak menggemarinya.
hehe. i bukan tak nak masakkan makanan feveret u. tapi i nak u pelbagaikan pilihan lauk u. makan semua benda baru lah dapat semua nutrisi. asyik makan benda sama tak bagus jugak. hehe. errr..lagi pon semua masakan i feveret u kan?=p
7. Apabila pakaian suami koyak   atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan   secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.   Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan  peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.  Semua suami akan berasa  bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh  jari-jemari halus  isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
heee..okeh. sekarang jugakk i jahit kaki seluar tuh.(dah bertahun-tahun di suruh)=p
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan   di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil,   minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si  suami  menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya  sediakanlah minyak wangi  dan kayu sugi.
hahaha..i tak sediakan. tapi sebelum u pegi kerja i tanya,
"wallet dah ambik? pass kerja? henfon?"
kalau i lupa tanya terus tertinggal. hihi. penting jugak kewujudan i=p
9.  Bila bertembung  kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak  suami, begitu juga  dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin  dilayan hendaklah  ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan  letih. Melayani suami  merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri  kecualilah jika suami  kita meredhainya.
hoh? ape u nak suruh i layan? cakap jer. meh. meh.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin   darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu   kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan  isteri sewenang-wenangnya  telah menghadiahkan kepada orang lain, suami  dapat pahala sedangkan  isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta  izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah  perkara itu berlaku  diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes  seperti inilah yang sering  berlaku di kalangan para isteri.
heee. i mintak kan? kan? kan? walaupon kadang-kadang bagi dulu baru cakap. -___-"
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya  hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa  bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah  yang diredhai oleh Allah swt.
u balik kerja i tengah masak memang la bau bawang macam mamak. tapi lepas tu wangi kan?=p
12. Air minum suami   hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar   air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi,   teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah  dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh  sediakan kuih-kuih ringan  seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun  biskut kering. Hal ini juga  dapat mengelak anak-anak dari membeli  makanan ringan di kedai yang  tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
u balik kerja kita terus makan nasi. tak de maknenya nak berkuih muih bagai. nanti tak makan nasi lah kita. hehe. air i buat kan? kadang-kadang jer lupa. hehe. kadang-kadang ke?=p
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.   Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas   segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di   sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka   tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita   dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar   yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
haih yang ni lemoh la sikit. memandangkan akhlak pon idok lah baik mane. tapi saya cuba.
hampir setahun setengah kahwin, banyak sangat lagi nak kena baiki diri. kadang-kadang still tak boleh terima kenapa i je kene beralah. kenapa u xboleh nak beralah ngan i. kenapa u boleh? kenapa i tak boleh? kadang-kadang rasa macam tak aci. tapi kene redha sebab kita isteri. dia ade lebih, kita pon ade lebih jugak. seimbang jer peranan sebenarnya. tapi still bersikap macam kanak-kanak. nak bebas macam dulu. nak ngada-ngada macam dulu. sampai kadang-kadang lupa tanggungjawab sebagai isteri. heheh.
maafkan i kalau ade mane-mane yang terkurang tu.
i love u.
ni sesi tazkirah sambil menginsafi diri. jom baiki diri.
seriously memang kena kat btg hidung sendiri. i rasa malu.. haha!
ReplyDeleteyerp. kena baiki. tp mak aku selalu pesan kita sebagai isteri ni memang selalu kena pendam sorang2 :(. hoh rasa nak buat entry apa mak aku pesan.
ReplyDeleteaku ini wanita biasa...
ReplyDeletebaiki diri utk jadi isteri yg dikasihi suami..Insyallah...
insyaAllah kita sama2 baiki kekurang ye para isteri sekalian! :) kena banyak mengalah. banyak jugak yang terkena kat batang idung ni! ayakkkk :p
ReplyDeletethanks dear for sharing! sangat berguna.
kena byk besabar la pompuan nmpk gayanye keke..takpela, nk dpt pahala punye psl :)
ReplyDeletebagus adat2 ni...saya sokong 100% :)
ReplyDeleteohho...byk nk kena baiki diri nih..huhu..maceeh farah letak artikel ni, muhasabah diri sat..^_^
ReplyDeleteeh,..masak tu sebenarnya tggjwb suami tau..haha
ReplyDeleteEntri Terkini : Facebook Nor Azita Osman
alamak,tadi bukak cimbcliks dia, topup henpon sndiri 30hinggit,lupe nk cakap..skang jugak kene bgtau nih..!tihihi..
ReplyDeleteMana aci!!! I pon penat gak seharian kat opis. Dahlah bos I macam cip*n. Kita sama-sama give n take boleh tak yang? Ke you nak I hantar u balik Kuantan? Hahahaha!!! Letih la nak ikut tips ni. Dan boleh menimbulkan amarah. Hihi.
ReplyDelete